Kegunaan bahan dapur di kebun seperti cuka, baking soda dan pelbagai lagi umum dah tahu. Tapi, ada lagi satu bahan dapur yang mempunyai kebaikkan kepada tanaman yang IMPIANA baru baca hasil perkongsian di Balconygadenweb.com iaitu, tepung jagung. Berikut 5 kegunaan tepung jagung di laman
Nak beli biji benih sayuran berkualiti, menjadi tapi murah, boleh beli online dekat sini https://invol.co/cl13dtb
1. Mempercepatkan pertumbuhan biji benih
Jika sebelum ni impiana pernah kongsi tip untuk campurkan serbuk kayu manis dengan biji benih supaya tak diserang perosak. Kali ni, balconygardenweb.com berkongsi tip untuk pastikan biji benih cepat bercambah dengan mnggunakan tepung jagung. Sebelum semai, gaulkan sedikit tapung jagung bersama biji benih Ia akan menyebabkan biji benih sentiasa dalam keadaan hangat dan benih cepat bercambah
2. Meningkat sturktur tanah pesisir pantai
Tanah yang mengandungi pasir yang tinggi sukar untuk pembiakkan tanaman terutamanya dari jenis yang memerlukan kelembapan seperti sayuran. Cara untuk memulihkan struktur tanah berapsir agar mempunyai peganggan kelembapan yang tinggi adalah dengan mencampurkan sedikit tepung jagung ke dalam medium taanamn yang berpasir
Menurut North Carolina Agricultural and Technical State University tepung jagung berupaya mengubah struktur tanah
Baca juga: 3 Kegunaan Serbuk Kunyit UntukTujuan Berkebun Yang Ramai Tak Tahu
3. Mengekalkan kelembapan tanah
Campurkan 2 sudu tepung jagung ke dalam 1 gelen air siraman. Ia akan akan mengekalkan kelembapan di dalam tanah untuk tempoh yang lama. Namun teknik siraman ini tidak sesuai di lakukan setiap hari kerana ia akan merosakkan struktur tanah
4. Untuk mengalawal pencemaran nitrogen
Kadar urea yang tinggi akan menyebabkan tanah tercemar. untuk mengatasi masalah ni, taburkan tepung jagung pada bahagian yang tercemar untuk mengawal kesan tidak baals nitrogen pada permukaan tanah
5. Musnahkan semut di kebun
Ia adalah kaedah paling efektif memusnahkan semut di kebun secara alami. Letakkan gula yang telah dicampur bersama tepung jaging berhampiran dengan sarang semut. Semut yang makan gula tersebut akan mengalami masalah pencernaan. Yang lebih menarik, sifat semut yang suka membawa makanan ke dalam sarang akan menyebabkan koloni tersebut mengalami masalah yang sama
Follow kami di WEBSITE, TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK dan YOUTUBE untuk dapatkan tip, idea dan artikel-artikel terkini serta menarik.
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.