Belimbing Buluh Banyak Tak Termakan, Boleh Buat Manisan Macam Kismis

Memang sedap masak lemak letak belimbing buluh. Ia pembangkit selera menggantikan air asam dan asam keping. Tapi, buahnya ni kalau menjadi, luruh macam tu je sampai tak termakan. Selain di dijadikan jeruk supaya tahan lama? Apa lagi yang boleh anda hasilkan dari belimbing buluh ni ye?

Siti Aminah Ada idea bijak iaitu menjadikan ia sebagai manisan

Manisan belimbing buluh, rasa seperti kismis

Bahan-bahan:
2 kg belimbing buluh yang tua bagus tidak terlalu masak
Gula 1/2kg jika kurang manis boleh ditambah sesuai selera
1 sdt kapur sirih
Air secukupnya

Baca juga: Elak Aroma Memasak Terpengap, Guna Secawan Cuka

Cara-cara buat:
1. Bersihkan hujung pangkal belimbing buluh, cuci , lalu direndam di air kapur sirih kurang lebih 2 jam cuci bersih
2. tiriskan
3. ebus sebagian gula dengan 1 liter air sampai mendidih masukkan belimbing buluh rebus sampai mendidih lagi, matikan, inapkan sehari semalam
4. saring belimbing buluh,
5. Rebus sisa gula dengan 1 liter air lagi, matikan, masukkan belimbing buluh, inapkan sehari semalam
6. Lalu jemur 3 sampai 4 hari. siap


Selain buat manisan, boleh rebus untuk dijadikan sambal hitam. Nak mudah, beli je rebus yang dah siap. Lebih mudah. Nak beli klik link yang disediaka https://invol.co/cl884xw


Buat sendiri jeruk sawi pahit 

Jeruk sawi pahit ni penambah selera dalam masakkan seperti gulai, asam pedas dan sebagainya. Namun kebiasaanya sawi jeruk ini terkenal dengan cara penghasilannya yang agak kotor. Sebab itu, sayur ni semakin ditolak masyarakat. Rupanya, tak susah nak hasilkan jeruk sawi pahit ni. Cynthia Teresa Patrick berkongsi resepi dan cara mudah untuk menghasilkan jeruk sawi pahit di group Berkebun D rumah.

P/S: Teknik yang sama juga sesuai digunakan untuk buat lobak jeruk dan sawi hijau

Bahan-bahan:

Sawi Pahit
Nasi sejuk
Garam kasar
Air

Cara-cara:

1. Sawi pahit dicuci dan dikering


2. Setelah kering jemur hingga layu, sawi yang besar dibelah 2 supaya cepat layu
3. Sekali sekala terbalikkan supaya layu sepenuhnya
4. Dah layu
5. Kisar sedikit nasi sejuk bersama garam dgn air secukupnya. seeloknya guna garam kasar, kalu tak ade garam halus pun ok tapi yang tak beriodin ye.
6. Sawi yang dah dijemur direndam dalam air garam yang dah di blend tadi. Simpan dalam bekas kedap udara
6. Selepas seminggu dah jadi sayur sawi masin

 


Posted

in

,

by

Comments

Leave a Reply