Perkara yang paling tidak disukai adalah apabila melihat pokok cili kesayangan kita mati atau berpenyakit. Mungkin antara puncanya ialah pokok yang di tanam tidak bersesuaian dengan persekitaran kerana pemilik taman meletakkan pokok tersebut di tempat yang kurang sesuai. Atau pun tumbuhan banyak musnah sekembalinya kita daripada percutian yang panjang kerana tiada orang yang menyelenggara atau menyiram pokok di laman rumah. Tetapi pernahkah anda dengar tumbuhan mati disebabkan terlebih penjagaan. Sebagai pemilik taman anda perlu arif tentang sebahagian tumbuhan memerlukan penjagaan minimum untuk ia kekal sihat.
Air siraman yang berlebihan
Terlebih air siraman antara punca cili anda mati. Hal ini selalu terjadi kepada cili yang ditanam di dalam pasu. Cuba bayangkan anda berendam selama 24 jam dan kemudian kulit anda mula berkedut akibat lebihan air tersebut. Begitu jugalah dengan tumbuhan, jika ia terendam terlalu lama akarnya akan mula lemas dan kadang kala boleh menyebabkan tumbuhan menyerap air berlebihan dan boleh mengakibatkan terdapat bahagian-bahagian tumbuhan tersebut terutamanya batang lembik dan mati. Jika terdapat bahagian-bahagian pokok yang mula melembik, potong dan buangkannya segera sebelum berjangkit ke bahagian lain.
Baja yang berlebihan
Pelbagai jenis baja diletakkan untuk memastikan cili yang ditanam menghasilkan bunga yang banyak, hasil yang bagus dan memastikan tumbesaran pokok yang sihat. Perkara tersebut kadangkala boleh mengakibatkan tumbuhan bertambah lemah dan mudah terdedah kepada penyakit kerana baja berlebihan menyebabkan akar pokok menjadi panas dan semakin kurang daya tahan kepada penyakit.
Pemilik taman harus waspada agar jangan ghairah meletakkan terlalu banyak baja pada satu-satu masa kerana mahukan pokok cili membesar secara drastik. Untuk mendapatkan tumbuh-tumbuhan yang sihat, pastikan ia membesar secara natural. Bagi laman yang menggunakan tanah atau baja kompos, penggunaan baja harus di tahap paling minimum.
Follow kami di WEBSITE, TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK dan YOUTUBE untuk dapatkan tip, idea dan artikel-artikel terkini serta menarik.
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.