Bagi memberi keselesaan dan keseronokan kepada semua orang termasuk anak berusia 3-12 tahun, Golden Screen Cinemas (GSC) mewujudkan GSC Play Halls bagi memastikan seisi keluarga menikmati pengalaman indah ketika menonton filem.
Selain tempat duduk yang empuk dan selesa, seluruh panggung mempunyai persekitaran yang ceria dan turut dilengkapi dengan ruangan khas untuk kanak-kanak bermain.
Hanya Yang Selesa Untuk Seisi Keluarga
Terdapat 14 GSC Play di seluruh Malaysia, terdapat tiga jenis panggung yang sesuai untuk famili iaitu GSC Play, GSC PlayPlus dan GSC PlayPark dan setiap satu dilengkapi dengan fasiliti terbaik untuk memastikan kanak-kanak terhibur dan selesa ketika menonton wayang.
Di panggung GSC Play, terdapat tempat duduk sesuai untuk seisi keluarga seperti kerusi berkembar. Turut disediakan tempat duduk lebih santai dan selesa yang boleh memuatkan sehingga empat orang! Harga tempat duduk bermula dari RM32 sehingga RM122 *(Harga bergantung kepada lokasi).
Bagi memberi ketenangan dan keselesaan kepada segenap lapisan masyarakat, GSC Play juga memenuhi keperluan untuk kanak-kanak berkeperluan khas dengan panggung yang mesra-sensori dengan lampu malap, suara lebih perlahan serta panggung bersaiz kecil. Waktu siaran untuk panggung istimewa ini adalah pada hari Ahad minggu kedua setiap bulan.
GSC Play Halls Yang Ceria!
Sama seperti panggung yang lain di GSC, tetapi dihiasi dengan tempat duduk berwarna cerah dan ceria yang sememangnya membuatkan kanak-kanak lebih teruja di GSC Play Halls. Di sini, turut diadakan ruang khas untuk bermain dengan pelbagai alat mainan untuk mereka bermain sehingga puas!
GSC Play Hall ada di:
Klang Valley | Northern Regions | East Coast | Southern Regions | East Malaysia |
GSC The Starling Mall | GSC AEON Mall Falim | GSC Kuantan City Mall | GSC AEON Mall Bandar Dato’ Onn, Kempas | GSC The Spring Bintulu |
GSC Subang Parade | – | – | GSC Square One Batu Pahat | – |
GSC PlayPlus Halls, Syok Betul!
Kanak-kanak aktif dan suka bermain pasti akan jatuh cinta dengan panggung GSC PlayPlus yang menyediakan taman permainan dengan papan gelongsor dan kolam bola yang pastinya membuatkan mereka merasa teruja!
Di panggung PlayPlus, ia dilengkapi dengan ruangan santai bersambung dengan panggung serta dilengkapi pelbagai kemudahan untuk ibu ayah dan anak-anak. Ruangan santai sangat sesuai untuk famili lepak-lepak sebelum atau selepas menonton wayang dengan kemudahan rak buku, permainan gelongsor serta tandas dewasa dan kanak-kanak.
GSC PlayPlus ada di:
Klang Valley | Southern Regions |
GSC 3 Damansara | GSC Mid Valley Southkey, JB |
GSC IOI Mall Puchong | GSC IOI Mall Kulai |
GSC Tropicana Gardens Mall | – |
PlayPark Halls, Paling Best Lah Weii!
Yang ini memang paling best! Semua keseronokan di bawah satu bumbung GSC PlayPark dengan panggung yang disambungkan dengan ruangan santai dan tempat bermain di luar panggung.
Tempat bermain di luar panggung mempunyai tarikan tersendiri seperti Popcorn Tower, iaitu permainan papan gelongsor, zon memanjat Soda Can dengan dinding aktiviti serta kolam bola dan tempat membaca.
Ruang yang luas dan selesa memberi keterujaan kepada kanak-kanak untuk bermain dan berlari bebas. Ruangan santai yang ada juga dilengkapi kemudahan seperti bilik menyusukan bayi, tandas mesra kanak-kanak serta banyak lagi yang pasti membuatkan pengunjung terasa seperti di rumah!
GSC PlayPark ada di:
Klang Valley | Southern Regions |
GSC IOI City Mall 2 (East Wing) | GSC Sunway Big Box |
Tayangan Mesra Sensori
Untuk ibu ayah yang mempunyai anak-anak istimewa, jangan gusar! Kini anda tak perlu merasa serba salah untuk membawa anak tersayang menonton filem kerana di GSC turut diadakan tayangan mesra-sensori pada hari Ahad minggu kedua setiap bulan.
Harga tiket hanya RM9/tiket, sangat berpatutan dan berbaloi dengan kemudahan yang ada di sini. Anak-anak pun pasti gembira dapat menonton pelbagai pilihan filem animasi mesra kanak-kanak bersama ibu ayah!
Tayangan Mesra-Sensori boleh dinikmati di:
Klang Valley | Northern Regions | East Coast | Southern Regions |
GSC 3 Damansara
|
GSC AEON Mall Falim | GSC Kuantan City Mall | GSC Mid Valley Southkey, JB |
GSC IOI City Mall 2 (East Wing) | – | – | – |
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.