Ni Bukan Rumpai Biasa-Biasa Rupanya Penawar Penyakit

10 Pokok Yang Anda Sangka Rumpai Tapi Sebenarnya Penawar Sakit. Ramai yang tidak tahu rumpai ini adalah penawar sakit.

  1. Pokok dukung anak (Phyllanthus niruri)

Kegunaan:

  • Melancarkan kencing
  • merawat penyakit kencing berdarah
  • merawat bisul di kelopak mata
  • merawat penyakit hepatitis B

Cara-cara menggunakannya

  1. tumbuk segenggam daun bersama lima ulas bawang merah. Campurkan dengan sedikit santan dan perahan limau nipis kemudian di tapis untuk diminum pada waktu pagi. Lakukannya selam tiga hari berturut untuk melancarkan pembuangan air kecil.
  2. segenggam daun ditumbuk dan dicampurkan dengan lima ulas bawang merah, sedikit santan, air limau nipis, gula dan jintan manis. Ia sesuai untuk merawat masalah kencing berdarah
  3. untuk merawat bisul di mata, gunakan air rebusan pokok dukung anak dan disapu di atas bahagian bisul.2. Sirih Cina (Peperomia pellucida)

Kegunaan:

  • Meredakan batuk dan selesema
  • Merawat jangkitan punci kencing
  • Menurunkan tekanan darah
  • Merawat penyakit kulit (gatal-gatal), bisul, jerawat dan kulit melecur
  • Penawar bagi sakit sendi
  • Merawat masalah perut dan cirit birit

Cara-cara menggunakannya

  1. Untuk di jadikan sebagai minuman, ambil sepohon pokok dan di kisar bersama air untuk di jadikan jus.
  2. Untuk tujuan penggunaan luaran, ambil segenggam pokok kemudian di tumbuk lumat dan di tampal pada bahagian yang sakit.

  1. Sawi Langit (Vernonia cinerea)

Kegunaan:

  • Meredakan demam panas
  • Melegakan batuk
  • Merawat hepatitis
  • Merawat bisul dan luka
  • Merawat luka gigitan ular

Cara-cara menggunakannya

  1. Pokok di kisar bersama air dan di jadikan seperti jus untuk diminum. Kaedah ini sesuai untuk meredakan demam, merawat batuk dan hepatitis.
  2. Tumbuk pokok dengan sedikit air sehingga lumat dan diletakkan di bahagian yang terkena bisul dan luka gigitan ular.

  1. Puteri malu (Mimosa pudica L.)

Kegunaan:

  • Melegakan radang saluran pernafasan
  • Meredakan panas badan kanak-kanak
  • Mengatasi masalah kecacingan
  • Merawat radang kulit yang berpunca dari jangkitan virus
  • Merawat luka
  • Mengecutkan peranakan dan menghilangkan keputihan
  • Merawat masalah insomnia (kesukaran untuk tidur)
  • Meredakan batuk-batuk
  • Meredakan sakit sendi

Cara-cara menggunakannya

  1. Pokok dilumatkan dan tampal pada kulit yang bermasalah
  2. Air rebusannya berupaya merawat radang pernafasan, kecacingan dan panas badan kanak-kanak
  3. Akarnya juga sesuai di jadikan sebagai salah satu bahan dalam pembuatan ubat periuk.

  1. Tutup Bumi / Tapak Lima (Elephantopus scaber )

Kegunaan:

  • Merawat hepatitis
  • Merawat penyakit beri-beri
  • Mengatasi masalah perut kembung

Cara-cara menggunakannya

  1. 4-6 genggam direbus bersama daging untuk dijadikan air minuman selama 4-5 hari bagi merawat hepatitis.
  2. 1-2 genggam daun yang telah dikeringkan dilumatkan bersama 2-3 keping tauhu dan sedikit air untuk ditampal pada bahagian yang dijangkiti beri-beri
  3. Untuk mengatasi masalah perut kembung, ambil dua genggam pokok dan direbus untuk dijadikan minuman.

  1. Calincing (Oxalis corniculata L.)

Kegunaan:

  • Merawat luka dan bisul
  • Merawat luka gigitan serangga
  • Menghentikan pendarahan pada luka
  • Mengatasi masalah mulut berbau
  • Merawat ulser mulut

Cara-cara menggunakannya

  1. Untuk dijadikan sebagai bahan sapuan, lumatkan beberapa keping daun bersama gula merah dan ditampalkan pada bisul dan luka
  2. Jika mengalami masalah ulser mulut dan mulut berbau, ambil beberapa helai daun dan dilumatkan kemudian campur dengan air untuk dijadikan bahan kumuhan
  3. Ambil beberapa helai daun dan dijadikan jus yang dicampur bersama madu. Ia berupaya menghentikan pendarahan.

  1. Kucing galak (Acalypha indica)

Kegunaan:

  • Mengatasi masalah pencernaan
  • Mengatasi masalah muntah darah, buasir dan kencing berdarah
  • Merawat demam malaria

Cara-cara menggunakannya

  1. Pokok bersama akar dilumatkan dan dicampurkan bersama sedikit air untuk dijadikan sebagi air basuhan. Basuh bahagian yang sakit seperti buasir, kencing berdarah dan malaria.
  2. 30-60 gm pokok diperlukan untuk dijadikan sebagai air rebusan dan diminum bagi mengatasi masalah muntah berdarah dan gangguan pencernaan

  1. Pancut Kuda (Stachytarpheta jamaicensis)

Kegunaan:

  • Mengatasi masalah keputihan
  • Merawat hepatitis A
  • Merawat bisul
  • Merawat luka dan kulit bernanah

Cara-cara menggunakannya

  1. Untuk mengatasi masalah keputihan, rebus segenggam akar pancut kuda bersama empat cawan air. Biar ia merebus sehingga airnya tinggal separuh. Tapis dan sedia untuk diminum.
  2. Ambil empat batang bunganya dan direbus bersama empat cawan air. Rebus sehingga airnya tinggal separuh dan dicampurkan bersama gula batu. Ia sesuai diminum untuk mengubati hepatitis A.
  3. Pokoknya dilumatkan dan ditampal pada bahagian yang mengalami masalah kulit bernanah, luka dan bisul.

  1. Daun Kapal Terbang (Elephantopus odoratum)

Kegunaan:

  • Merawat luka
  • Mengatasi masalah kegatalan
  • Membuang angin badan

Cara-cara menggunakannya

  1. Daun dilumatkan dan di tampal pada luka dan tempat yang gatal
  2. Untuk mereka yang baru lepas bersalin, daun tersebut dilumatkan bersama kapur sirih dan di tampal pada bahagian ari-ari untuk mengatasi masalah darah berketul.

  1. Ara Tanah (Euphorbia hirta)

Kegunaan:

  • Melancarkan kencing
  • Merawat radang paru-paru
  • Merawat radang payudara
  • Merawat penyakit gout

Cara-cara menggunakannya

  1. Rebus dua genggam pokok segar atau segenggam pokok kering untuk di munuim dua kali sehari. Ia membantu melancarkan aliran kencing
  2. Untuk merawat radang paru-paru, ambil segenggam pokok di lumatkan di dalam air untuk diminum
  3. Dua genggam pokok di stim bersama empat keping tahu kemudian dimakan. Ia membantu merawat radang payudara

BACA: Cegah Nyamuk Di Rumah Dengan 4 Jenis Tanaman Ini

Follow kami di WEBSITE, TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK dan YOUTUBE untuk dapatkan tip, idea dan artikel-artikel terkini serta menarik.


Posted

in

by

Comments

Leave a Reply