15 khasiat Ketumpang Air/ Sirih Cina, Merawat Buah Pinggang, Bisul, Jerawat dan Iritasi Kulit

Ketumpang air atau sirih cina merupakan tanaman herba kaya khasiat. Namun, ramai beranggapan tanaman ini adalah rumpai liar kerana ia tumbuh di celah-celah tanaman lain. Hakikatnya, tanaman herba ini mempunyia kandungan asid amino, lysine, leucine dan isoleucine yang tinggin dan pelbagai lagi. Antara penyakit yang berupaya di rawat dengan menjadikan ketumpang air ini sebagai ramuan adalah seperti:

1- Merawat Gout
2- Penawar sakit sendi dan perut
3- Jus perahannya mampu mengelakkan jangkitan pada mata
4- Mengubati dan meredakan cirit-birit
5- Meredakan batuk
6- Meredakan Demam (Ramas Dengan Sedikit air dan sapukan dikepala)
7- Merawat Buasir
8- Melegakan selsema
9- Merawat jangkitan pada pundi kencing
10- Merawat Kayap
11- Alternatif kepada ubatan darah tinggi
12- Merawat kencing manis

Cara penggunaan untuk merawat sakit kepala ketika demam                                                                                                                                                                                                                                                  Sediakan 15 helai daun ketumpang air dan dicuci bersih. Kemudian tumbuk sehingga lumat. Tempelkan ramuan tersebut pada bahagian dahi pengidap. Cara lain adalah dengan merebus 2 pohon ketumpang air yang telah di bersihkan Bersama 300ml air. Saiz pokok yang sesuai antara 7-10cm tinggi. Apabila air rebusan tersisa 1 gelas, tutup api dan biarkan ia dingin seketika sebelum ditapis dan minum. Amalakan minuman ini sehari 2 kali sehingga pulih

Merawat bisul, jerawat dan iritasi kulit
Sedaiakan 2 rumpun pokok ketmpang air berukuran antara 7-10 cm tinggi dan dicuci bersih. Rebus dengan 300ml air sehingga tersisa 1 gelas. Minum air rebusa ketika hangat dan amalkan 2 kali sehari dalam dos yang sama setiap hari.

Sakit perut
Sediakan beberapa rumpun pokok ketumpang dan dicuci bersih. Kemudian tumbukkan sehingga lumat dan sediakan sehelai kain untuk perahan. Minum air perahan tersebut

Mengubatai luka bakar atau melecur
Sediakan beberapa rumpun pokok secukupnya bergantung kepada keperluan saiz luka. Bersihkan dan tumbuk sehingga lumat. Tempelkan bahan yang telah dilumatkan tadi pada permukaan luka dan tutup dengan kain. Biarkan tempelan luka sepenuhnya. Dan ulang beberapa kali sehingga luka betul-betul baik

Merawat buah pinggang
Sedaiakan 2 rumpun pokok ketmpang air berukuran antara 7-10 cm tinggi dan dicuci bersih. Rebus dengan 300ml air sehingga tersisa 1 gelas. Minum air rebusa ketika hangat dan amalkan 2 kali sehari dalam dos yang sama setiap hari. Buat ramuan baru setiap kali melakukan pengobatan.

Selain itu juga, anda boleh hasilkan beberapa resepi menarik untuk mendapatkan khasiat baik dari daun ketumpang air seperti tumis air, goreng belacan. Rasanya enak seperti kangkung. Atau jadikan ia sebagai ulam. Jadi, lepas ni kalua Nampak tanaman ini tumbuh liar di dalam pasu atau batas tanaman, jangan di buang. Sebaiknya, tanam tanaman ini kerana ia amat mudah untuk dibiakkan

Sumber: https://mitalom.com

 


Posted

in

by

Comments

Leave a Reply