Risau Pokok Kontang Dan Layu Ketika Cuti Raya, Buat Macam Ni

Lagi beberapa hari ni dah nak raya. Mesti ada antara sahabat laman yang risau nak tinggalkan pokok lama-lama kan. Paling risau tanaman yang jenis tak tahan lasak atau bermusim. Sehari tak siram pun boleh mati. Jadi untuk memastikan tanaman anda tetap sihat dan segar menyambut kepulangan anda selepas bercuti raya, ini yang anda perlu lakukan.

1. Untuk jenis tanaman yang memerlukan air yang banyak dan kerap, letakkan di bawah teduhan dan buang semua kuntum bunga serta pucuk atau tunas baru. Kaedah ini secara tidak langsung mengurangkan keperluan air dan menyebabkan medium lambat kering

2. Untuk tanaman yang ditanam terus di atas tanah, takkan nak cabut pula kan untuk diletakkan dibawah teduhan. Beli jaring pertanian atau net hitam dengan ketelusan cahaya 70% dan buatkan kanopi sementara di bahagian atas menutupi tanaman.

3. Cantas atau pangkas tanaman seminggu sebelum pulang ke kampung. Ini salah satu lagi cara untuk mengurangkan keperluana air pada tanaman

Baca juga: 4 Langkah Untuk Selamatkan Pokok Yang Dah Layu Dan Kering Untuk Terus Hidup

4. Untuk tanaman berpasu, sediakan miniture green house dangan menggunakan plastik. Tapi, anda perlukan sokongan kayu atau buluh bagi mengelak permukaan plastik bersentuhan dengan tanama kerana ia boleh menyebabkan bahagian yang tersentuh melecur

5. Alas pasu-pasu anda dengan dulang yang telah diisi batu dan tuangkan air mengikut aras batu tersebut. Lagi banyak air diperlukan, lebih tebal lapisan batu disediakan. Air yang terdapat di dalam dulang tadi akan disejat oleh tanaman secara perlahan-lahan

6. Alas bahagian bawah pasu dengan kain atau tuala yang telah dibasahkan. Selain itu juga, anda boleh gunakan sarung guni untuk kadar kelembapan yang lebih lama

7. Rendam surat khabar di dalam air dan jadikannya sebagai sungkupan pada tanaman. Ia bukan sekadar mengekalkan kadar kelembapan medium tanaman, malah mampu menyerap air lebih banyak

8. Buat sendiri bekas siraman yang boleh membekalkan air untuk tanaman atau self watering system. Terdapat pelbagai kaedah untuk membuat self watering system sendiri antaranya dengan menggunakan botol dan tali yang direndam dalam air

9. Dalam lampin pakai buang, terdapat serbuk seperti kristal yang diguanakn untuk menyerap air. Bila menyerap air, serbuk kristal tadi akan kembang menjadi seperti jeli. kalau rajin, koyakkan beberapa keping lampin pakai buang dan keluarkan serbuk tersebut dari kapas yang digunakan. Kalau tak rajin, guna sahaja keseluruhan isi di dalam lampin tersebut. Rendam kan semalam dan tanam di sekitar tanaman sebelum anda pulang ke kampung. Kelembapan yang dipeganag oleh kristal atau jelly lampin pakai buang mampu bertahan lebih dari seminggu

10. Mintak bantuan pada jiran yang tidak pulang ke kampung untuk siramkan tanaman di laman sekurangnya 1 kali sehari terutamanya waktu pagi. Atau anda upah sahaja pekerja penyelenggara landskap yang membuat kerja kontraktor di taman anda tu.


Posted

in

,

by

Comments

Leave a Reply