Siapa kata nak tanam lobak perlu batas yang luas? Sebenarnya, untuk tanam lobak anda perlukan kedalaman medium tanaman atau tanah yang mencukupi. Ini bermakna, tanam dalam pasu pun menjadi lah kan. Tapi, CT Hamisah Ahmad ada cara yang lebih jimat iaitu dengan hanya menggunakan botol mineral terpakai bersize 1500ml
Cara tanam lobak dalam botol air mineral dari biji benih
1. Mula-mula sekali semai biji benih lobak di tray semaian dulu. Letak tray di tempat redup, pastikan siraman cukup.
Baca juga: Tanam Bayam Brazil Gantung Dalam Botol Terpakai, Cantik Dan Jimat Ruang
2. Lobak ini saya tanam dari biji benih, boleh beli di nurseri, online pun ada (Shoppe).
Saya guna botol air mineral 1500 ml yang dipotong bahagian atasnya selain buat lubang di bahagian bawah.
3. Bila daun dah naik 4-5 helai bolehlah pindahkan anak benih lobak dalam botol. Daun lobak mula mula akan keluar macam rumput. Biar dulu hingga daun sebenar keluar baru pindah dalam botol.
4. Sewaktu isi tanah dalam botol, jangan isi tanah sampai penuh. Letak tanah hingga 3/4 botol saja. Pastikan guna tanah yang tak keras supaya ubi lobak mudah membesar.
5. Kemudian masukkan anak benih lobak dan tanam, biarkan tenggelam semua batang. Tinggalkan daun saja tapi pastikan pucuk tidak tertimbus. Nanti anak pokok mati.
6. Bila lobak semakin membesar, batang akan naik. Tambah lagi tanah, timbus batang sampai pelepah pertama. Jika tak buat begini lobak tak membesar dengan baik dan tak berisi.
7. Siram 2 kali sehari dan buang daun di bawah sekali. Lobak biasanya boleh dituai antara 60-90 hari.
73685244_744603959388881_5971532617789472768_n
74232863_744603649388912_1025473366619848704_n
74336773_744603599388917_271351154678431744_n
INFO
Kalau tanam lobak putih, biasanya memang akan timbul sikit di permukaan.
Lobak dalam gambar itu dituai pada usia 2 bulan. Ingat nak ambil daun untuk masak sayur air rupanya lobak dah ada isi. Selain lobak boleh juga tanam sayur lain dalam botol ini.
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.