8 Cara Mudah Untuk Cegah Koya Atau Mealybug

Perasan tak pada bahagian batang atau bawah daun ada ulat melekat warna putih yang tidak berkepak dan tak nampak pun kaki. Ada sesetengah spesies tu, badannya berbulu sedikit. Itu merupakan serangga penghisap atau pemakan sap dari tumbuhan yang lebih dikenali sebagai nama koya atau mealybug.
Kalau di biarkan, ia akan merosakkan tanaman. Kadang-kdang sampai merekot tanaman tu.

Yang paling risau, koya juga merupakan pembawa virus. Bila tanaman dah dijangkiti virus, cara rawatannya lagi teruk. ia perlu dimusnahkan sebelum berjangkit pada tanaman yang lain. Jadi, apa yang perlu dilakukan untuk mengelak masalah Koya ni? Berikut, 8 perkara yang boleh dipraktikkan bagi mengatasi masalah koya:

1. Perkara utama yang wajib anda lakukan adalah pencegahan diperingkat awal. Pastikan sebelum anda menaman atau membeli tanaman di nurseri, ia dalam keadan sihat dan tiada tanda-tanda jangkitan
2. Selalu perhatikan tanaman anda terutamanya di bahagian bawah daun untuk memudahkan anda mengesan kehadiran koya dari peringkat awal
3. Jangan terlebih siraman. Keadaan medium yang terlalu lembap bukan sekadar mengancam akar tanaman malah menjadi habitat ideal untuk pembiakkan koya
4. Lakukan cantasan. Jangan bagi tanaman anda terlalu merimbun. Jika ada ruang antara daun, kadar kelembapan yang diperlukan oleh koya dapat dikurangkan. Selain itu juga, cantasan mampu menggalakkan pertumbuhan tanaman terutama untuk tujuan menghasilkan bunga atau buah.
5. Sediakan campuran untuk menentang kehadiran koya. Campurkan 1 1/2 sudu minyak dan 1 sudu teh cecair pencuci pinggan di dalam 1 liter air suam. Semburkan campuran ini pada keseluruhan tanaman anda terutamanya di bahagian daun 3 hari sekali. Selain mencegah dan memusnahkan koloni koya, semburan racun homemade ini mampu mencegah serangan serangga dan kulat yang lain
6. Gunakan air yang telah dicampur bersama beberapa titisan sabun pencuci pinggan tanpa bau. Semburkan pada bahagian yang diserang. Ia mampu menyingkirkan koloni koya walaupun dah banyak
7. Campurkan 3 cawan rubbing alcohol dan 1 sudu teh sabun pencuci pinggan di dalam 3 cawan air. Sebelum semburkan campuran ini, lakukan percubaan pada sebahagian kecil tanaman anda. Semburkan campuran ini pada 2-4 helai daun dan biarkan dalam tempoh 48 jam. jika tiada sebarang perubahan anda boleh terus gunakan kerana tidak semua tanaman sesuai dengan kandungan semburan dari rubbing alcohol
8. Kalau anda jumpa 3 serangga ini di laman iaitu kumbang kura-kura, pirate bugs, lacewings, jangan bunuh. Serangga ini merupakan pemakan koya


Posted

in

by

Comments

Leave a Reply