Himpunan Idea Jadikan Balkoni Kecil Lebih Menarik!

Ruangan outdoor peribadi adalah impian bagi kebanyakan orang yang tinggal di bangunan tinggi seperti apartmen atau pangsapuri di sekitar bandar. Biarpun ia hanyalah sebuah balkoni kecil, ruangan seperti ini amat berharga lebih-lebih lagi buat mereka yang mahu dekat dengan alam sekitar kerana sudah penat terkurung didalam rumah tanpa halaman.

Jika anda bernasib baik untuk mempunyai ruang ini di rumah high-rise anda, maka wujudkan sebuah santuari atau tempat untuk keluarga dan rakan-rakan duduk bersantai menikmati keindahan pemandangan.

Ini bermakna anda perlu lakukan lebih daripada sekadar meletakkan rumput karpet dan kerusi sahaja. Tidak kira berapa kecil pun, balkoni anda mempunyai banyak potensi reka bentuk. Sedang mencari idea untuk menghias cantik balkoni anda? Teruskan membaca untuk 5 idea menarik dan lihat bagaimana anda boleh mengubah ruang luar anda 100%!

#1 BINA TEMPAT DUDUK BUILT-IN

Maksimakan penggunaan ruang anda dengan membina bangku atau tempat duduk. Selain itu, anda juga tidak perlu risau perabot diterbangkan angin.

#2 LETAKKAN BEANBAGS ATAU BANTAL 

Jika perabot built-in adalah diluar kemampuan atau anda hanya menyewa, boleh juga letakkan beberapa beanbang atau bantal besar yang empuk di atas lantai untuk suasana ala picnic.

#3 BAWA TUMBUHAN HIDUP

Penuhi ruang in dengan tanaman atau tumbuh-tumbuhan hijau yang segar dan subur untuk mewujudkan perasaan nyaman.

#4 BUAT SESUATU PADA DINDING

Jangan hanya biarkan dinding di balkoni kosong tanpa sebarang fungsi. dDengan ruang yang terhad, anda perlu gunakan semuanyan dengan bijak. Gantung pasu atau lampu pada dinding sebagai contoh.

#5 BERIKAN DIRI ANDA PRIVASI 

Jika anda mahukan lebih privasi daripada jiran-jiran sekeliling, anda boleh saja gunakan tumbuhan ataupun perhiasan tinggi yang secara tidak langsung bertindak sebagai penghadang.


Posted

in

,

by

Comments

Leave a Reply