Resepi Baja Bio-Fertilizer Dari Ikan Untuk Lebatkan Buah

Bio fertilizer merupakan sebatian yang dihasilkan dari beberapa bahan yang mengandungi mikroorganisma untuk digunakan pada biji benih, tanaman, medium tanah dan pelbagai lagi. Kebaikkan penggunaan bio fertilizer ini adalah untuk menggalakkan pertumbuhan optimum di samping membekalkan nutrisi utama yang diperlukan oleh tanaman.

Disamping itu, penggunan bio fertilizer yang konsisten barupaya menggurangkan penggunaan baja sintatik dan racun serangga kerana hanya melalu pembajaan ini, tumbuhan memperoleh sistem imun yang padu.

Untuk penggunaanya pada medium tanaman, ia berupaya mebekalkan semula ntrisi yang tersisa. Ini bermakna, walau hanya dengan satu kegunaan iaitu bio fertilizer, ia berupaya merangsang pertumbuhan tanaman yang optimum di samping menstabilkan medium tanaman.

Bahan-baha:
1kg Ikan segar
1kg gula merah
1 cawan cuka
bekas untuk tujuan memerap

Cara-cara:

1. Potong kecil ikan segar dan masukkan ke dalam bekas perapan. Ini termauklah isi dan kepala ikan

2. Taburkan pula gula merah dan masukkan cuka

3. Gaul rata semua bahan dan tutup ketat bekas perapan. Jika perlu tambahkan plastik atau kain untuk memastikan ia betul-betul kedap udara.

4. Simpan bancuhan selama 1-2 bulan

5. Selepas diperap, tapiskan dan simpan air perapan didalam botol.

Nota: Pati biofilter ini hanya mampu bertahan 6 hingga 12 bulan sahaja. Sisa yang ditapis dari bahan perapan boleh ditaburkan pada pangkal pokok besar

Cara guna:

Siram:
30 ml (3 sudu makan) : 20 Litre air tanpa klorin setiap 7-10 hari.
untuk ladang yg besar: 1 litre: 50 litre air tanpa klorin. Buat 30-60 hari sekali.

Spray:
10 ml: 1 litre air tanpa klorin.

https://www.facebook.com/paisan.karajan/videos/pcb.1848526065402647/1848525748736012/?type=3&ifg=1

sumber: Sara saad / Paisan Karajan


Posted

in

by

Comments

Leave a Reply