Tanam Daun Pudina Teknik 3T (Tanaman, Tinggal, Tuai) Guna Bekas RM 2.10

  1. Pudina dan kesum antara tanaman yang mudah dibiakkan namun ramai gagal memastikan tanaman mereka terus hidup. Kedua-dua tanaman ini memerlukan habitat yang mempunyai kelembapan yang tinggi. Jadi, kebiasaanya untuk tanaman yang memerlukan kelembapan yang tinggi sesuai di biakkan menggunakan kaedah 3T (tanam, tinggal dan tuai) atau mudah kata hidroponik. Teknik ni juga sesuai buat yang tak ada masa nak menyiram pokok

Sebelum ni, IMPIANA pernah kongsikan cara pembiakkan daun kesum menggunakan teknik 3T ni, kali ni kita kongsikan pula teknik puan Raudzah Arippin menggunakan teknik yang sama untuk pudina

Pokok pudina ini saya tanam secara hidroponik ringkas, ikut panduan di youtube.

 

 

 

Ini gambar-gambar terbaru. Nanti Kak Odah cari semula masa baru-baru buat. Dulu sikit saja daunnya dan kecil-kecil. Sekarang sudah makin lebat dan besar-besar daunnnya.
Ok, kalau mahu cuba boleh ikut langkah-langkah berikut ini :

1. Dapatkan anak pokoknya yang mempunyai akar. Saya beli di nurseri.
2. Sediakan satu bekas untuk diisi air dan penapis di atasnya (atau lubangkan bekas makanan). Boleh lihat gambar.
3. Keluarkan pokok pudina tadi dari tanah dan bersihkan akarnya.
4. Letak pudina pada bekas tapis dan masukkan akar-akar pudina tadi melalui lubang-lubang pada tapis tersebut. Jika kecil sangat, potong sedikit untuk besarkan.
5. Pada bekas air di bawahnya pula, letakkan air sehingga paras bawah penapis. Atau pastikan akar terendam dalam air.
6. Masukkan baja air AB ikut sukatan pada panduan penggunaan baja. Bacaan ppm untuk pudina ialah 1400-1680 ppm. (Baja AB dan alat bacaan ppm air boleh dibeli dalam talian. Murah je)

nak beli baja A dan B murah, boleh beli onlie. klik link ni https://invol.co/clqhhu

7. Seminggu atau 2 minggu sekali kena potong potong pucuk pudina ini untuk menggalakkan lagi pertumbuhan daun baru. Juga kena periksa paras air dan kandungan bajanya.
Selamat mencuba!

Follow kami di WEBSITE, TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK dan YOUTUBE untuk dapatkan tip, idea dan artikel-artikel terkini serta menarik.


Posted

in

,

by

Comments

Leave a Reply