Tanam Timun Jepun Dekat Balkoni Rumah Buahkan Hasil Lumayan

Pengemar timun jepun boleh cuba cara Asyraf Rahim ni. Taman timun jepun dekat balkoni rumah sahaja dah dapat hasil yang cukup mengujakan. Tengok la kesegaran timun jepun hasil tanaman sendiri ini.

Timun jepun ni memang sedap dan ranggup kalau buat ulam berbanding dengan timun biasa. Timun jepun ni kurang berair dan banyak khasiatnya. Harganya pun lebih mahal dari timun biasa.

Elok subur walaupun kali pertama menanamnya, paling menarik timun jepun ini ditanam di balkoni rumahnya saja. 45 hari dari semai benih dah boleh kutip hasilnya.

Beliau turut berkongsi kaedah penanaman yang dilakukan. Bagi yang nak mencuba boleh jadi perkongsiannya sebagai panduan. Paling penting penjagaannya.

Timun Jepun kebun balkoni

  • Kaedah Hidroponik
  • Benih F1 Green Eagle
  • Media cocopeat+perlite (tanpa campuran tanah). Semai benih dalam cawan dulu, bila dah naik empat daun boleh alih ke pasu.
  • Kaedah siraman, waktu mula-mula seminggu sekali. Bila dah mula berbuah, daun lebat, dua hari sekali. Kadang-kadang sehari sekali. Pasu yang digunakan ada floater sebagai water level indicator.
  • Timun jepun ini jenis menjalar – saya pakai jaring trelis ikat pada railing balkoni.
  • Baja AB kepekatan EC 1.5mS/cm, pH 6.6-6.8
  • Forliar berjadual; Hydrogen Peroxide, Neem+Garlic Oil, Bactillus Subtilis, Kitosan, Trichoderma, Kristalon, Seaweed Solution.
  • Tuaian -45 hari dari semaian benih, ke tuaian buah.
  • Kalau lihat dari penggunaan baja pun dah mencabar. Bagaimanapun kata Asyraf beliau banyak belajar ilmu tanaman ini di YouTube Bright Agrotech dan Hidroponikpedia dalam bahasa Indonesia. Tapi bila lihat hasil begini memang puas hati.

Sumber: Asyraf Rahim


Posted

in

,

by

Comments

Leave a Reply