Ulam Raja Miliki Khasiat Yang Luar Biasa

Perkongsian Dr. Hamid Arshat di laman sosial memaparkan rumahnya dipenuhi dengan ulam raja mendapat respon yang tinggi [klik sini untuk artikel penuh]  Ulam raja yang mudah tumbuh liar mempunyai banyak khasiat. Pokok Ulam Raja atau nama botanikalnya Cosmos caudatus merupakan tumbuhan herba tropika yang berasal dari Amerika Latin. Tumbuhan ini dikatakan tumbuh meliar dan mudah di dapati di Florida, Amerika Syarikat dan di Malaysia serta lain-lain negara Asean.

Pokok ulam raja adalah sejenis spesies berbunga. Kebiasaan nya, ulam raja yang mempunyai bunga berwarna ungu atau pink dijadikan sebagai ulam. Namun terdapat pokok ulam raja yang berbunga kuning tetapi jarang dimakan sebagai ulam.

Berdasarkan kajian, ulam raja mengandungi 3% protein, 0.4% lemak dan karbohidrat serta kaya dengan kalsium dan vitamin A. Herba ini adalah herba semusim yang boleh mencapai ketinggian hampir 2 meter. Dan mudah dibiakkan dari biji benih. Daun herba ini mengeluarkan bau apabila diramas.

Ulam Raja ini sangat senang ditanam dan boleh tumbuh di halaman rumah atau di dalam pasu bunga. Kaedah penjagaan yang mudah dan tidak memerlukan air yang banyak menyebabkan tanaman ini mudah untuk dibiakkan mahupun membiak sendiri dengan cepat. Ianya sesuai dijadikan sumber sayuran atau ulaman seharian terutamanya bagi mereka yang tinggal di apartment kerana ia amat sesuai ditanam di dalam pasu.

Daun ulam raja telah digunakan secara tradisi sejak ratusan tahun lampau untuk memperbaiki peredaran dan mencuci darah serta untuk menguatkan tulang. Ulamnya mempunyai keupayaan antioksida (AEAC) yang amat tinggi, iaitu setiap 100 gram ulam yang segar mengandungi lebih dua puluh jenis bahan antioksida yang telah dikenal pasti. Keupayaan antioksidanya sama dengan 2,400 miligram L-asid askorbik.

Bahan-bahan antioksida yang utama disebabkan oleh kehadiran sebilangan proantosianidin yang wujud sebagai dimer, melalui heksamer, kuersetin glikosida, asid klorogenik, asid neoklorogenik, Penangkapan (+)- serta asid kripto-klorogenik. Ulam raja berkeupayaan untuk mengurangkan tekanan oksidatif yang berkemungkinan kerana sebahagia nya terdiri daripada kandungan antioksida yang tingg

Artikel berikut: 5 Jenis Tanaman Luar Yang Sesuai Dijadikan Sebagai Pokok Hiasan Dalam Rumah


Posted

in

,

by

Comments

Leave a Reply