Ada Lebih 10 Khasiat Kebaikan Pokok Pandan Mengikut Petua Orang Kampung

Jika lihat tumbuhan pokok pada gambar yang tertera, sudah pasti anda mengenali dengan pokok daunan yang bernama Pandan ini. Boleh kata hampir di setiap rumah ada yang menanamnya di halaman rumah. 

Umum mengetahui, selain kegunaannya sebagai penambah aroma atau perisa kepada makanan, minuman dan penggunaannya yang lain, pokok daun Pandan ini terkandung banyak khasiat kepada kesihatan tubuh badan. 

Bukan sekadar itu sahaja, pokok daun Pandan ini juga mempunyai lebih 10 khasiat kebaikan kepada tubuh badan mengikut petua orang kampung antaranya:

  • Menurunkan darah tinggi

Caranya, rebus beberapa helai daun pandan dengan sukatan 2 gelas air. Didihkan sehingga airnya tinggal kira kira setengah gelas sahaja kemudian minum air rebusan tersebut.

  • Mengubati lemah saraf

Ambil 3 helai daun pandan lalu dicuci sehingga bersih kemudian dipotong. Selepas itu, rebus dengan 3 gelas air hingga tersisa 2 gelas saja. Setelah air rebusan suam, minum ramuan tersebut dua kali sehari pada setiap pagi dan petang masing masing satu gelas setiap kali minum.

  • Mengatasi lemah syahwat

Selain digunakan sebagai ubat lemah saraf, daun pandan juga berkhasiat untuk mengubati lemah syahwat kaum lelaki. Ambil sehiris halia, sekeping kulit kayu manis, beberapa biji halba serta tiga helai daun pandan yang telah dicuci bersih dan potong kecil-kecil. Rebus dengan empat gelas air hingga tersisa dua gelas. Minum ramuan tersebut dua kali sehari pada setiap pagi dan petang masing masing satu gelas setiap kali minum.

  • Menurunkan bacaan gula

Ambil akar yang terjuntai beberapa batang, kemudia cuci sehingga bersih lalu rebus dan buat ramuan air itu sebagai minuman segelas pada setiap pagi dan petang.

  • Sebagai Pembersih Wanita

Rebus daun pandan bersama daun inai, daun sirih, buah manjakani dan sikit garam. Setelah air rebusan menjadi suam, lalu boleh dijadikan sebagai pembersih wanita.

  • Merawat gaot

Ambil tujuh helai daun rebus dari air lima gelas hingga jadi dua gelas, setelah suam bolehlah minum. Segelas pagi dan segelas petang, amat disarankan untuk buat setiap hari.

  • Menghilangkan bau badan

Kisarkan daun pandan dengan buah limau kastri, kemudian gosok dan sental ramuan yang telah dikisar pada badan seperti ketiak. Akhir sekali, gunakan sabun pencuci badan dan bilas dengan air bersih.

  • Matikan kuman dalam darah

Amalan minum air rebusan daun pandan secara kerap dikatakan juga dapat membantu mematikan kuman dalam darah agar tubuh badan lebih sihat.

  • Menurunkan kolesterol

Selain menurunkan tekanan darah tinggi, dengab mengamalkan minum air rebusan daun pandan akan menurunkan kadar kolesterol dalam tubuh badan.

  • Mengatasi sembelit

Air rebusan daripada daun pandan dan minum airnya dipercayai juga boieh mengatasi masalah sembelit.

  • Melembutkan daging

Jarang-jarang kita dengar dengan menggunakan daun pandan yang dicampur dalam masakan membantu melembutkan daging. Tetapi mengikut petua orang kampung, ia dipercayai berkesan untuk melembutkan daging yang liat dalam masakan.

  • Menaikkan selera makan

Mengikut petua orang kampun, dipercayai dengan meminum sehari 2 gelas air rebusan daun pandan dapat menaikkan lagi selera makan anda.

  • Makanan tidak cepat basi

Masukkan daun pandan semasa memasak untuk mengelakkan makanan atau minuman daripada cepat basi.

  • Merawat rambut

Kisar 10 helai daun pandan yang segar dan campur dengan 100ml santan kelapa tua. Urut kulit kepala dengan campuran tersebut dan balut kepala dengan tuala. Biarkan selama 30 minit. Kemudian basuh kepala dengan syampu dan bilas dengan air sehingga bersih.

  • Melicinkan kulit

Perah dan dapatkan air daun pandan lebih kurang 5 titik. Amalkan minum air perahan tersebut bersama dengan buah pisang.

  • Merawat resdung, jarawat dan jeragat pada wajah 

Blander daun bersama buah limau.. kemudian sapu pada muka. Setelah itu dibilas bersih.. boleh juga bahan ini dicampur dengan bedak sejuk.. tampal tebal tebal bila dah kering gosok gosok dengan sapu tangan dan kemudian dibilas dengan air suam.

  • Sebagai pewangi

Ikat atau potong daun pandan kecil-kecil ke dalam bekas dan letakkan ke dalam kereta atau almari rumah sebagai pewangi dan penghalau lipas semulajadi.

  • Merawat masalah susah tidur 

Ambil daun pandan, kemudian jemurkan ia di bawah sinar matahari sehingga kering. Lalu, digunting kecil-kecil dan dimasukkan ke dalam sarung bantal.

  • Perasa dan warna asli

Kisarkan daun pandan dengan sedikit air dan tapis. Sesuai untuk dijadikan sebagai cecair perasa dan pewarna asli makanan atau minuman.

  • Buang angin dalam badan

Rebus 3 helai daun bersama dengan sehiris halia serta seketul gula batu, biarkan air rebusan menjadi suam lalu diminum.

  • Mengecutkan rahim

Akarnya direbus dan diminum oleh wanita yang baru melahirkan anak. Amalkan secara berterusan selama 40 hari selepas bersalin.

Sumber: Facebook Kedah Gazette

Ingin lebih tahu pelbagai tips untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi IMPIANA. Klik di sini.

Baca artikel berikutnya: Cara Tanam Lobak Putih Agar Cepat Tumbuh Dengan Hasil Umbisi Yang Gemuk

 


Posted

in

,

by

Comments

Leave a Reply