“Tak Sanggup Tengok Kesusahan Ibu, Saya Nekad Ubah Nasib Keluarga” Anak Peniaga Jalanan SHA HASAN Kini Jutawan Muda!

Siapa sangka dalam usia 28 tahun anak jati Kota Bharu, Kelantan ini sudah pun memiliki segalanya bahkan bergelar jutawan!

Namun di sebalik kesenangan itu pastinya ada kisah yang boleh kita jadikan inspirasi.

Menjadi anak yatim kerana kematian bapa ketika usianya baru mencecah 10 tahun serta dilahirkan dalam keluarga susah menjadi turnig point kepada kebangkitan usahawan kosmetik cantik ini.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Wan Nur Siti Aisya Wan Hasan (@shahasan22)

Wan Nur Siti Aisyah Wan Hasan atau Sha Hasan merupakan ibu kepada seorang anak lelaki. Sha Hasan kini gigih membina legasi bisnesnya, Shalicious termasuk cabang bisnes lain.

nama Sha Hasan pernah tular kerana pernah mengadiahkan sebuah kenderaan pacuan empat roda (4×4) Mitsubishi Triton kepada Abang Viva atau nama sebenarnya Azwan Omar.

Untuk info, Abang Viva merupakan sukarelawan yang terkenal kerana usahanya dalam misi menyelamat dan membantu mangsa-mangsa banjir beberapa tahun lalu.

ANAK PENIAGA JALANAN
Dilahirkan dalam keluarga yang serba kekurangan menjadi pencetus semangat buat Sha Hasan untuk meningkatkan taraf hidup keluarganya kepada yang lebih baik.

Sekurang-kurangnya mereka sekeluarga dapat hidup selesa dan cukup makan minum.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Wan Nur Siti Aisya Wan Hasan (@shahasan22)

“SAYA BERASAL DARI KELUARGA SUSAH. ARWAH AYAH DULU PENIAGA JALANAN, HANYA BUKA GERAI TEPI JALAN. AYAH MENINGGAL KETIKA SAYA BERUMUR 10 TAHUN.”

“Bermula saat itu, ibu terpaksa bekerja demi menyara kami sekeluarga. Tak sanggup tengok kepayahan ibu, saya nekad nak ubah nasib keluarga.

“Sejak dari sekolah lagi saya suka berniaga. Apa saja rasa nak jual saya jual. Bukan saja di sekolah rendah malah sekolah menengah juga.

“HABIS SPM SAYA DAPAT PELUANG SAMBUNG BELAJAR DI NEGERI SEMBILAN TAPI SAYA PILIH UNTUK BELAJAR DI KAMPUNG (KELANTAN) SAJA.”

“Ikutkan keluarga tak galakkan saya berniaga sebab nak saya ada kerja tetap. Tapi saya terus berniaga sambil belajar.

“Sebab itulah saya pilih sambung belajar di kampung sebab dekat dengan rumah dan mudah nak berbisnes. Apa pun, pelajaran tetap diutamakan sebab tak nak kecewakan keluarga terutama ibu.”

Sha Hasan mendedahkan ketika bisnesnya makin berkembang sehingga tak menang tangan, pelajarannya sedikit terjejas dan dia kerap ponteng kelas.

“BILA TAK SEMPAT NAK MASUK KELAS SEBAB NAK KENA COD BARANG, SAYA TERPAKSA PONTENG KELAS.

“Waktu itu saya sedang struggle membina jenama Shalicious. Setahun selepas itu, saya berjaya membina Wisma Shalicious di Kelantan.”

Kini Sha Hasan memiliki beberapa cabang bisnes lain yang membantu orang ramai khususnya warga kampung dalam menambah pendapatan mereka.

Selain Malaysia, Shalicious juga berjaya menapak ke pasaran Indonesia secara sah.

OBSES BELI TANAH
“Saya memang ‘gila’ beli tanah. Kalau ada sesiapa yang nak jual tanah murah-murah di Kelantan saya akan beli. Tapi saya akan tengok dulu ikut kesesuaian dan harganya.

“Itulah aset paling bernilai sebab kita boleh buat macam-macam. Selain bisnes, boleh jana pendapatan.

“Selalunya bila berjaya capai target, saya akan membantu beberapa tahfiz serta kampung-kampung yang saya pegang untuk berikan sumbangan. Itulah reward sebenar bagi saya.”

Sha Hasan turut menitipkan pesanan buat mereka yang ingin berjaya dalam bisnes.

“JANGAN ADA BANYAK ALASAN. KALAU TAK PECAHKAN KETAKUTAN DAN RASA MALU, SAMPAI BILA-BILA PUN KITA TAK AKAN DAPAT TENGOK POTENSI DIRI.”

Kredit Foto: Instagram Sha Hasan

 

Comments

Leave a Reply