Modal RM10, Tak Perlu Batas Atas Tanah, Tanam Je Sayur Dalam Beg Tanah Plastik

Dengan hanya bermodalkan RM10, tak perlu batas atas tanah, anda boleh menanam sayur dalam beg plastik. Sesuai sangat untuk kawasan rumah dengan keluasan terhad. Bukan sahaja tidak memerlukan belanja yang banyak tetapi juga cara ini lebih praktikal terutama bagi mereka yang baru mula berjinak-jinak dengan aktiviti berkebun.

Melalui satu hantaran yang dimuat naik oleh pengguna Facebook, Matt Pucuk Tunas Garden  berkongsi tip cara-cara untuk menanam sayur dalam beg tanah plastik.

Istimewanya melalui teknik penanaman ini, anda tidak perlu membeli pasu dan membuat batas di atas tanah yang lapang. Anda hanya perlu menanam sayur-sayuran di atas ‘batas’ di dalam beg tanah plastik sahaja.

LANGKAH DEMI LANGKAH:

1. Di bahagian bawah beg tanah plastik, cucuk dengan pensil lebih kurang dalam 30 biji lubang supaya akar serabut dapat turun ke bawah dan tahan lebih lama jika kurang disiram.

2. Potong bahagian atas beg tanah plastik bentuk kotak. Lipat bahagian atas sebagai penutup. Pastikan apabila dipotong petak pembukaan atas, ada lebih dalam dua hingga tiga inci dari tepi supaya tanah tidak terkeluar jika hujan. Setengah jam sudah siap semuanya.

3. Selepas itu boleh mula tanam benih pokok sayur yang anda ingin tanam.

4. Plastik akan mereput dalam tempoh satu tahun. Selepas itu gunakan semula tanah di dalam beg tanah plastik yang telah reput itu tadi. Tanah itu nanti akan ada lebih banyak bahan organik.

Teknik menanam sayur-sayuran di dalam beg tanah plastik ini sangat menjimatkan masa dan tenaga untuk mereka yang sibuk tetapi masih ingin hendak berkebun. Lubang ditebuk banyak di bahagian bawah beg tanah plastik supaya pokok sayur-sayuran dapat ditanam rapat-rapat. Jadi lebih banyak sayur-sayuran dapat ditanam dan dituai.

Sumber: Matt Pucuk Tunas Garden (Berkebun Di Rumah)

Ingin kongsi idea dekorasi rumah anda? Klik link ini untuk join telegram grup Geng Dekor Impiana: https://t.me/gengdekorimpiana

 


Posted

in

,

by

Comments

Leave a Reply