Buang Ego! Jangan ‘Merajuk’ Terlalu Lama, Pesan Anzalna Buat Hijabi Inginkan Rumahtangga Bahagia

Sesetengah pasangan merasa sukar untuk mengelolakan rumah tangga, di tambah pula apabila mereka dikurniakan rezeki mempunyai cahaya mata yang ramai.

Kadangkala, hal ini mendatangkan stress serta bertukar menjadi trauma apabila kes kecurangan yang seringkali berakhir dengan keruntuhan rumah tangga acapkali  didengari kebelekangan ini.

Namun, selebriti jelita yang juga finalis Dewi Remaja 2009/2010 Anzalna Nasir, tidak mudah melatah mengenai isu ini, malah berjaya menguruskan keharmonian rumah tangganya menikut acuan sendiri.

 

“It Takes Two, To Tango” – Anzalna

Anzalna Nasir mempunyai tips dalam menjaga keharmonian rumah tangga. Dia berkata bahawa kedua-dua pasangan perlu bekerjasama untuk membuat perkara berjalan lancar.

Memetik laporan portal hiburan tempatan, Anzalna akui bahawa kadangkala pertengkaran antara suami isteri pasti terjadi, tiada perkahwinan yang tidak pernah dilambung ombak. Namun, setiap pasangan perlu bersedia dan menghadapi pertelingkahan ini dengan bijak.

Jika pasangan itu boleh kembali mesra dan menyayangi antara satu sama lain semula, masalah mereka kebanyakannya akan diselesaikan.

Artikel berkaitan: Mulianya Hati Anzalna! Tak Lokek Kongsi Rezeki Dengan Golongan ‘Susah’ Raih Pujian Netizen!

“Kami jenis walaupun sudah berkahwin, harus mengekalkan hubungan seperti baru bercinta.

“Setiap kali bergaduh, saya dan suami tidak berlama-lama memendam rasa. Sebaliknya akan menyelesaikan masalah dengan cepat,” ujarnya.

Katanya, kedua-dua pasangan perlu berusaha bersama-sama menyelesaikan masalah mereka secepat mungkin, tanpa mementingkan ego sendiri.

“Setiap kali berbalah, tolak ego ke tepi, duduk bersama-sama dan perbaiki apa yang kekurangan,” kata Anzalna.

Jika Ada Masalah, Duduk Dan Bincang Dengan Pasangan!

Isteri kepada Hanif Zaki itu berkata, dia mahu keluarganya bahagia, tetapi dia tidak mahu terlalu bangga dengan hubungan mesra mereka. Anzalna berkata adalah lebih baik jika mereka hanya berkongsi kebahagiaan yang dimiliki antara satu sama lain.

Ibu kepada dua cahaya mata ini juga berpesan agar tidak berkongsi masalah antara suami isteri dengan orang lain termasuk ahli keluarga, mahupun khalayak umum. Sebaliknya selesaikan masalah tersebut secara bersemuka dengan pasangan.

“Kehidupan ini ada jatuh bangun yang kita tidak tahu apa yang akan jadi pada masa hadapan.

“Ada masalah simpan sendiri sahaja (jangan hebohkan) dan selesaikan kesulitan dengan pasangan masing-masing.

“Jangan simpan dalam hati dan sentiasa berbincang, jika ada apa-apa kerana apabila terjadi sampai satu masa akan meletup,” jelasnya.

Sekadar info, Nur Anzalna ialah seorang pelakon dan model Malaysia. Beliau merupakan salah seorang finalis peraduan Dewi Remaja 2009/2010. Dia dan Hanif Zaki berkahwin pada 2016. 

Hasil perkahwinan selama 9 tahun itu, mereka dikurniakan sepasang cahaya mata lelaki Mohamad Eidress dan Mohamad Emirhan.

Artikel berkaitan: Sakan Cuba Aktiviti Gelongsor Kaca ‘Dubai Sky View’, Anzalna Nasir Sempat Titip ‘Wasiat’ Buat Keluarga!

Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.

Sumber: Instagram Anzalna Nasir & Kosmo

 


Posted

in

, , ,

by

Tags:

Comments

Leave a Reply