Tanam Kangkung Dalam Baldi, Tak Perlu Guna Tanah Pun, Jimat Dan Praktikal Sangat

Kangkung goreng belacan, siapa yang tidak menyukainya bukan? Selain enak dimakan, kangkung juga mempunyai banyak manfaat untuk kesihatan. Dalam 100 gm kangkung, terkandung protein, lemak, karbohidrat, dan serat. Kangkung juga mengandungi vitamin A 6,300 SI, vitamin B1 0.07 miligram (mg), dan vitamin C (32 mg).

Sebenarnya anda boleh sahaja menanam sendiri pokok kangkung. Tak susah pun nak tanam pokok kangkung selain tidak perlu kawasan tanah yang luas. Melalui perkongsian yang dipetik dari grup Berkebun Di Rumah  dikongsikan tip untuk menanam kangkung di dalam baldi.

LANGKAH DEMI LANGKAH MENANAM SAYUR KANGKUNG DI DALAM BALDI:

1. Sediakan tapis dan baldi yang sama saiz diameternya supaya tapis dapat ‘duduk elok’ di dalam baldi

2. Isikan air dalam baldi (biasanya untuk baldi 15 liter, isi air dalam 10 liter). Masukkan 50 ml baja A dan 50 ml baja B. (rujuk gambar)

3. Pastikan air mencecah paras tapis tadi. Tidak terlalu tenggelam. Hanya paras-paras tapis sahaja.

4. Tabur benih kangkung dalam tapis. Tidak perlu tanah sebab benih kangkung besar. Jika benih bayam, sawi dan kailan, boleh gunakan tuala kecil sebagai lapik dan tabur benih di atas tuala.

5. Letakkan baldi tadi di tempat teduh selama tiga ke empat hari sehingga benih bercambah. Selepas itu bolehlah diletakkan di kawasan yang ada cahaya matahari.

6. Selepas benih kangkung bercambah, sembur setiap seminggu dua kali atau sekali dengan bancuhan 5 ml Sri Anak untuk 1 liter air (rujuk gambar).

7. Selepas 25 hari sudah boleh dipetik dan dimasak.

Selain kangkung, sayur-sayuran lain yang boleh ditanam dengan menggunakan teknik ini ialah bayam, sawi dan ulam-ulaman seperti selom, kesum,pudina dan juga pegaga.

Dalam keadaan sekarang ini, lebih baik jika kita berjimat-cermat. Sayur-sayuran misalnya jika kita boleh tanam sendiri, lebih elok kita tanam sahaja. Secara tidak langsung kita dapat menjimatkan wang dapur. Selamat mencuba!

Sumber: Berkebun Di Rumah (Nurwahidah Hambali)

Beli benih kangkung DI SINI 

Beli Sri Anak DI SINI 

Ingin kongsi idea dekorasi rumah anda? Klik link ini untuk join telegram grup Geng Dekor Impiana: https://t.me/gengdekorimpiana

Ingin lebih tahu pelbagai tip untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram dan TikTok rasmi IMPIANA.

 

 

 

 


Posted

in

,

by

Comments

Leave a Reply