Cara Potong Mesti Betul, Rupanya Inilah Rahsia Pokok Fiddle Fig Tumbuh Merimbun

Fiddle Fig antara tanaman hiasan yang menjadi pilihan kegemaran ramai. Pokok Fiddle Fig atau nama saintifiknya Ficus lyrata tergolong dalam famili Moraceae. Pokok Fiddle Fig juga dikenali sebagai Fiddle leaf Fig.

Daunnya agak lebar dan kelihatan seperti daun pokok ketapang. Pokok hiasan ini merupakan salah satu pokok hiasan sesuai ditanam sebagai tanaman landskap di luar rumah. Pokok Fiddle Fig boleh tumbuh sehingga mencapai ketinggian lima meter.

Bagi anda yang suka melihat pokok Fiddle Fig tumbuh merimbun, boleh cuba tip seperti yang dikongsikan oleh Syafiq Roslan  ini. Menerusi perkongsian dilaman Facebook, lelaki ini menerangkan cara-cara supaya pokok Fiddle Fig yang ditanam menjadi rimbun dan cantik.

LANGKAH DEMI LANGKAH:

1. Potong bahagian batang yang paling atas.

2. Dari satu batang nanti ada yang bercabang hingga tiga dahan dan empat dahan yang baharu.

3. Paling penting ketika memotong dahan, pastikan potong di bahagian internode.

4. Hasil keratan batang yang telah dipotong itu bolehlah direndam terus dengan air untuk membiakkan lagi pokok hiasan ini.

5. Boleh juga dicucuk terus di atas tanah untuk membiakkan pokok hiasan ini.

 

Pokok hiasan ini juga sesuai tanam di dalam rumah kerana tidak memerlukan pencahayaan yang banyak. Sebenarnya pokok Fiddle Fig adalah spesies tanaman hutan yang paling mudah dipelihara dan tidak memerlukan penjagaan yang terlalu rumit.

Tidak memerlukan banyak air, anda boleh menyiram pokok Fiddle Fig dua kali seminggu atau bila perlu sahaja.

Sumber: Syafiq Roslan 

Ingin kongsi idea dekorasi rumah anda? Klik link ini untuk join telegram grup Geng Dekor Impiana: https://t.me/gengdekorimpiana

Ingin lebih tahu pelbagai tip untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram dan TikTok rasmi IMPIANA.

 

 

 

 


Posted

in

,

by

Comments

Leave a Reply