Menjadi Tanam Pucuk Paku Tepi Rumah Dalam Pasu, Begini Caranya

Harga pucuk paku boleh tahan mahal juga di pasaran. Tapi, kalau beli di pasar, selalu banyak yang dah tua. Yang tua ni kalau masak, liat la hai sampai tersangkut dekat tekak.

Masalah ini turut dialami penggemar pucuk paku En. Zaid Aziziy Yaakob. Berkongsi pengalamannya pernah terserempak dengan haiwan berbisa ketika mencari sendiri pucuk paku di tepi sungai membuat kan beliau mengambil keputusan untuk tanam sendiri je pucuk paku di tepi rumah. Kini En. Zaid boleh menikmati pucuk paku segar bila-bila masa sahaja.

Baca juga: Tip Suburkan Limau Purut Kalau Tanam Dalam Pasu

Berikut cara-cara tanam pucuk paku di tepi rumah yang dikongsikan oleh En. Zaid:

1. Cari anak pokok paku yang tumbuh di tepi pokok paku (kalau nampak tepi jalan ada pokok paku boleh ambil. Minta izin, kalau tanah bertuan).

2. Boleh tanam dalam pasu, guna tanah yang sedia ada di rumah pun boleh.

3. Pastikan ambil banyak anak pokok. Bila banyak rumpun baru dapat banyak pucuk. Jika subur satu rumpun ada 2-3 pucuk saja, kalau kurus, satu pucuk saja.

4. Pokok paku ini kena siram hari-hari tambah lagi musim panas.

5. Tip supaya pucuk paku gemuk menghijau boleh buat air siraman ini. Ambil sisa dapur dari kulit bawang, kulit telur (tumbuk dan kisar dulu). Kemudian masuk dalam bekas yang dicampur air hujan, perap selama 3 hari.

6. Selepas 3 hari boleh guna untuk siraman. Selepas itu siram pula dengan air biasa. Pokok paku memang suka basah lencun.

Ingin kongsi idea dekorasi rumah anda? Klik link ini untuk join telegram grup Geng Dekor Impiana: https://t.me/gengdekorimpiana

Ingin lebih tahu pelbagai tip untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram dan TikTok rasmi IMPIANA.

 

 

 

 


Posted

in

,

by

Comments

Leave a Reply