Pokok hiasan yang mudah ditanam dan dijaga, tak payah hari-hari nak kena ‘belai. Bagi anda yang sibuk tetapi dalam masa yang sama inginkan suasana hijau di dalam dan juga di luar rumah, tentunya anda inginkan tanaman hiasan yang mudah untuk dijaga.
Kalau kediaman anda kelihatan membosankan atau tidak menyerlah, cubalah tanam pokok bunga hiasan di depan rumah untuk menceriakan suasana! Ada beberapa jenis pokok bunga yang sesuai ditanam dalam iklim Malaysia yang panas dan tidak terlalu memerlukan ‘belaian.’
Antara tanaman tersebut ialah:
1. AGLONEMA SPP
Aglonema antara tanaman unik yang mudah ditanam dan tidak memerlukan air yang banyak. Sesuai dijadikan sebagai tanaman di bawah kawasan yang mempunyai naungan yang padat. Sering menjadi pilihan kerana Aglonema mempunyai corak dan tekstur daun yang pelbagai.
kredit: http://willowrungrhse.com
2. MICROSORUM PUNCTATUM
Lebih mesra dikenali dnegan nama fish tail fern. Daunnya yang mempunyai bentuk seakan tanduk rusa dan rona hijau terang tidak memerlukan penyelenggaraan yang kritikal. Semakin banyak di tebas, lebih cepat ia membiak.
3. NEPHROLEPIS EXALTATA
Bostern fern ini sesuai di tanam di dalam pasu dan pertumbuhannya mudah dikawal. Seperti nama fish tail fern, ia tidak memerlukan air yang banyak.
kredit: https://commons.wikimedia.org
4. ALOCASIA MACRORRHIZOS
Keladi telinga gajah ini antara tanaman wajib bagi taman padat tropika. Terdapat pelbagai tekstur dan saiz daunnya yang besar kerap menjadi perhatian di dalam taman tropika.
5. ALPINIA PURPURATA
Tanaman dari keluarga halia ini mempunyai bunga berwarna merah dan sering menjadi perhatian serangga penghisap madu seperti rama-rama semut dan lebah. Tak perlu penjagaan yang rumit dan mudah membiak menyebabkan tanaman ini sering menjadi pilihan sebagai tanaman tepi jalan.
6. CALADIUM BICOLOR
Seperti Aglonema, Caladium mempunyai tekstur dan rona daun yang pelbagai. Lebih mudah dikenali dengan nama keladi hiasan, kebanyakkan spesis caladium mempunyai percikan rona merah menyemarkkan lagi dekorasi sesebuah laman.
7. CALATHEA SPP
Tanaman penutup bumi hutan hujan tropika ini mempunyai pelbagai tekstur dan saiz yang pelbagai. Mudah dibiakkan melalui keratan rumpun, Calathea lutea adalah antara tanaman simbolik bagi landskap berkonsepkan tropika. Antara spesis lain yang terkenal adalah Calathea insignis , loeseneri dan mokayana.
8. IMPATIENS WALLERIANA
Terdapat dua jenis impatiens yang kerap menjadi pilihan di Malaysia iaitu Impatiens balsamia dan Impatiens walleriana. Kebiasaanya, untuk menghasilkan bunga yang banyak, tanaman perlu terdedah kepada cahaya matahari yang mencukupi. Namun tidak bagi Impatiens, walaupun di bawah teduhan ia tetap menghasilkan bunga dan mempunyai jangka hayat yang pendek.
9. PLECTRANTHUS
Mona lavender murapakan nama tempatan bagi Plectranthus. Nama tempatannya diberi sempena fizikal bunganya seperti lavender. Merupakan spesis tanaman bermusim, ia kerap menjadi pilihan bagi landskap berkonsepkan Inggeris.
10. SPATHIPHYLLUM WALLISII
Peace lili atau Spathiphyllum waliisii kerap menjadi pilihan sebagai jambangan bunga. Rona hijau gelap daunnya menyerlahkan lagi vibrasi landskap bertemakan tropika terutama di saat bunganya berkembang mekar. Tidak memerlukan penyelenggaraan yang tinggi namun medium tanamannya perlu sentiasa lembap.
Kredit foto (top image): Pixabay dan Unsplash
Ingin kongsi idea dekorasi rumah anda? Klik link ini untuk join telegram grup Geng Dekor Impiana: https://t.me/gengdekorimpiana
Ingin lebih tahu pelbagai tip untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram dan TikTok rasmi IMPIANA.
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.