Projek MyGenom Oleh MOSTI Ingin Memetakan DNA Penduduk Malaysia

Projek MyGenom diumumkan oleh Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) minggu lalu bagi memetakan DNA penduduk Malaysia. Langkah diambil kerana kebanyakan kajian genomik manusia pada ketika ini memberikan tumpuan kepada penduduk Amerika, Asia Timur dan Eropah.

Menerusi MyGenom, sebuah pangkalan data akan dibangunkan untuk membolehkan akses tersusun dan sistematik serta perkongsian data genomik untuk pelbagai tujuan, termasuk analisis, penyelidikan, diagnostik, dan aplikasi klinikal di kalangan penyelidik di Malaysia.

Pada fasa pertama, jujukan 2500 genom akan dilakukan menjelang 2025 dengan sasaran melakukan 10,000 jujukan genom pula untuk mencipta rujukan tepat genetik tempatan bagi meningkatkan penyampaian rawatan penyakit. Sebagai contoh dalam rawatan rawatan kencing manis, maklumat genetik boleh digunakan untuk meramalkan tindak balas pesakit terhadap ubat-ubatan tertentu.

MyGenoum diketuai oleh penyelidik dari agensi di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) dengan kerjasama Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Institut Genom dan Vaksin Malaysia, Institut Bioteknologi Kebangsaan Malaysia, Institut Penyelidikan Perubatan, dan Institut Kesihatan Negara.

Penjujukan genom setakat ini berjaya merungkai beberapa misteri mengenai tubuh manusia. Sebagai contoh penemuan penuaan mendadak berlaku pada tubuh manusia ketika usia 44 dan 60 tahun. Sementara itu gen M7b1a1 pada DNA mitokondria merendahkan risiko obesiti di kalangan penduduk Asia Tenggara dan Selatan China.

Human Genome Project (HGP) yang dimulakan pada tahun 1990 adalah langkah pertama untuk melakukan penjujukan lengkap genom manusia. Walaupun dimulakan pada tahu 1990, ia hanya berjaya mencapai sasaran penjujukan lengkap pada tahun 2022 dan menelan belanja $2.7 bilion. Sehingga kini HGP ialah projek biologi kerjasama terbesar dalam sejarah dunia.


Posted

in

,

by

Tags:

Comments

Leave a Reply