Kari dan masyarakat Malaysia memang cukup sinonim. Hidangan yang pastinya menjadi pilihan ramai ini sememangnya mampu menyatukan semua. Lihat sajalah kalau di kedai mamak. Pelbagai kaum boleh duduk semeja sambil menikmati hidangan kari yang enak. Cukup harmoni!
Sempena Hari Kari Malaysia BABA’S, BABA’S ingin menambahkan keceriaan anda dengan berkongsi rezeki serta mengangkat masakan dan hidangan Kari Malaysia sebagai makanan ikonik bagi seluruh rakyat Malaysia. Makanan menyatu padukan rakyat Malaysia yang berbilang bangsa dan agama.
Dengan semangat Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia yang masih membara, majalah RASA bersama BABA’S mengambil peluang ini untuk menganjurkan peraduan Masak, Cerita & Menang dalam Video Pendek #kisahkariku.
Menawarkan hadiah wang tunai keseluruhan berjumlah RM15,000, inilah masanya untuk anda menonjolkan bakat memasak dan berkongsi kisah istimewa di sebalik hidangan kari kegemaran anda.
Apa Yang Anda Perlu Lakukan?
-
Rakam Video Memasak Kari
- Pilih mana-mana Serbuk Kari BABA’S kegemaran anda dan memasak hidangan kari yang paling anda sukai. Anda boleh menggunakan salah satu dari Serbuk Kari BABA’S seperti di bawah:
i. Serbuk Kari Daging BABA’S
ii. Serbuk Kari Daging Pedas BABA’S
iii. Serbuk Kari Ikan BABA’S
iv. Serbuk Kari Ikan Pedas BABA’S
v. Serbuk Kari Ikan Masin BABA’S
- Rakam keseluruhan proses memasak dalam bentuk video berdurasi 3 hingga 5 minit. Pastikan video anda mempunyai pencahayaan yang baik serta mempunyai kualiti video yang jelas untuk pengalaman menonton yang lebih baik.
-
Kongsikan Video Anda Di Media Sosial
- Setelah video siap diedit, muat naik ke akaun Instagram atau TikTok anda. Pastikan akaun anda disetkan kepada ‘public’ agar penyertaan anda boleh dilihat dan diniai.
- Inilah peluang untuk anda menunjukkan bakat memasak dan kreativiti dalam menghasilkan hidangan kari yang lazat dan cukup menyelerakan.
3. Cerita Di Sebalik Kari Anda
- Setiap hidangan kari pasti mempunyai cerita tersendiri. Kongsikan kisah unik di sebalik hidangan anda menerusi penceritaan di dalam video atau kapsyen pendek yang menarik dan cerita yang menyentuh hati.
- Gunakan hashtag #KisahKariKu dan pastikan anda tag akaun rasmi RASA dan BABA’S di Instagram (@majalahrasa @babasandu) atau TikTok (@rasa.my @babasofficial_)
- Kisah yang menyentuh hati atau unik mungkin memberikan anda kelebihan di dalam peraduan ini.
Hadiah Wang Tunai Keseluruhan: RM15,000!
Ya, anda tidak salah baca! Majalah RASA dan BABA’S menawarkan hadiah wang tunai berjumlah RM15,000 untuk pemenang-pemenang bertuah. Jangan lepaskan peluang ini untuk berkongsi bakat memasak anda dan menang besar. Mana tahu ada rezeki anda!
Apa Yang Bakal Anda Menangi?
Hadiah Utama x 1: RM5,000
Hadiah Kedua: x 1 RM3,000
Hadiah Ketiga x 1: RM1,500
Hadiah Keempat – Keenam: RM500
Hadiah Saguhati: 20 x RM200
Enam finalis bertuah akan terpilih ke peringkat akhir untuk bertanding memasak secara bersemuka pada 16 November 2024.
Tarikh Tutup Penyertaan: 31 Oktober 2024
Pastikan anda menghantar penyertaan sebelum tarikh tutup ini. Inilah peluang untuk anda memenangi hadiah wang tunai disamping berkongsi kecintaan anda terhadap masakan kari kepada seluruh rakyat Malaysia.
Jadi, apa tunggu lagi? Beli Serbuk Kari BABA’S pilihan anda, mula merakam dan kongsikan kisah kari anda kepada dunia. Siapa tahu, mungkin kisah dan hidangan kari anda akan membawa pulang hadiah utama. Jangan lepaskan peluang ini!
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.