Lama Mendiamkan Diri, Syamsul Yusof Beri ‘Hint’ Bakal Kembali Berkarya!

Setelah lama mendiamkan diri, pelakon dan pengarah filem terkenal, Syamsul Yusof kini kembali berkongsi perkembangan terbaru di sosial media sehingga menarik perhatian ramai.

Menerusi gambar yang dimuat naik di Instagram peribadi miliknya, Syamsul dilihat kembali bekerja dengan wajah ceria dan tenang bersama beberapa individu lain.

Dalam pada itu, melihat pada ruangan komen, rata-rata rakan artis meluahkan rasa gembira selepas melihat pengarah filem Munafik itu kembali aktif walaupun masih berdepan kemelut rumah tangga.

Syamsul atau nama sebenarnya Mohd Syamsul Mohd Yusof buat masa kini berdepan konflik rumah tangga dengan isterinya, Ira Kazar.

Bapa kepada sepasang cahaya mata itu memfailkan perceraian terhadap Ira atau nama sebenarnya Faghirah Fatini binti Kazaruddin atas alasan tiada lagi persefahaman.

Menurut laporan sebelum ini, Syamsul bersedia untuk melafazkan cerai terhadapnya isterinya pada 27 Ogos lalu, namun perkara itu tertangguh selepas Ira melantik peguam bagi urusan penceraian berkenaan.

Kes penceraian mereka kini ditetapkan untuk sebutan semula pada 25 September di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, Taman Seri Keramat, Selangor.

Sementara itu, bekas isteri Syamsul, Puteri Sarah sekali lagi menegaskan pendiriannya untuk tidak kembali bersama bekas suaminya.

Malah, Sarah atau nama lengkapnya Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin, tidak mahu dirinya dikaitkan lagi dengan pengarah sensasi itu.

Sumber: Sinar Plus

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti TelegramInstagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.


Posted

in

,

by

Comments

Leave a Reply