Bukan Rendang Tapi Ini Resipi Ayam Cili Padi Bersantan, Sesuai Untuk Yang Suka Pedas

Dah bosan makan masak lemak dan rendang tapi terasa nak makan lauk ayam yang pedas dan ada kuah sikit. Kalau terasa nak makan lauk begini boleh cuba resipi ayam cili padi bersantan. Sesuai sangat untuk yang suka hidangan pedas. Cara membuatnya dikongsi oleh Cik Ena Rahman.

Resipi ayam cili padi bersantan

Bahan-bahan
1/2 ekor ayam – gaul dengan garam, kunyit dan goreng
1/2 kotak (kecil)
1 keping asam keping
1 batang sera -diketuk
Daun kunyit -dimayang halus
Sos tiram
Garam, gula, serbuk perasa
Bahan dikisar
10 tangkai cili padi
10 tangkai cili besar
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
1 inci belacan
Cara memasak
1. Panaskan minyak dalam kuali kemudian tumis bahan kisar.
2. Selepas pecah minyak bahan yang ditumis masukkan santan, serai, dan asam keping. Kacau sebati.
3. Kemudian boleh masukkan sos tiram, garam, gula dan serbuk perasa. Selepas bahan-bahan yang ditumis pekat boleh masukkan ayam goreng tadi. Gaul sebati.
4. Masukkan daun kunyit dan gaul lagi. Jika mahu kuah pekat tak perlu tambah air. Biarkan dalam dua minit kemudian boleh tutup api. Hidangkan.
Sumber: Cik Ena Rahman.

Posted

in

by

Comments

Leave a Reply