Cara Hilangkan Tompokan ‘Peta’ & Bau Busuk, BANTAL Bersih Macam Baru!

Bantal yang digunakan di rumah lama-kelamaan pasti ada tompokan kekuningan, kotor dan agak berbau. Jika tak bersarung bantal memang geli dibuatnya. Sebenarnya ada cara mudah nak bersihkan bantal sebegini.

Boleh cuba cara yang dikongsikan oleh Nismiraa menerusi akaun TikTok nya. Macam tak percaya lihat hasilnya, hanya guna 3 bahan bantal kembali bersih macam baru dan tak berbau busuk lagi.

Bahan Diperlukan:

Baking Soda
Borax 
Sabun pencuci
Air Secukupnya

Cara Membuat:

1. Masukkan bantal ke dalam bekas/ baldi / besen.

2. Kemudian tadah air secukupnya dan masukkan baking soda, borax dan sabun pencuci.

3. Kacau rata, bagi semuanya larut sebati dan biarkan rendam seketika.

4. Terbalik-balikan bantal. Boleh lihat air kotoran tanggal hanya dalam beberapa minit.

5. Bila bantal dah bersih, angkat bantal dan buang air kotoran tersebut.

6. Kemudian jemur di tempat yang panas sehingga betul-betul kering.

Info Ekstra!

Fungsi setiap bahan:

  • Baking soda untuk naikkan warna bantal jadi putih berseri.
  • Borax untuk hilangkan bau kepam dan busuk.
  • Sabun pencuci untuk bersihkan kotoran yang ada.

Semoga bermanfaat! Selamat Mencuba!

Baca Lagi Di Sini: Cuci CERMIN Tanpa Sabun, Bersih Berkilat Guna 5 Bahan Ini!
Mesti Baca:Mop Guna AIR PANAS, Kotoran Cepat Hilang, Lantai Licin Berkilat Tak Berbau!
Artikel Menarik:TIP ‘Polish’ Peti Ais Jadi Cantik Berkilat Macam Baru Keluar Kilang

IMPIANA: Wah menarik tip hilangkan tompokan ‘peta’ dan bau busuk pada bantal ni. Memang berkesan hasilnya, bantal elok kembali bersih dan nampak macam baru. Jadi sebelum nak beli bantal baru elok cuci dulu ikut tip yang dikongsikan ini.

Follow kami di WEBSITE, TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK dan YOUTUBE untuk dapatkan tip, idea dan artikel-artikel terkini serta menarik.


Posted

in

by

Comments

Leave a Reply