31 Minggu Hamil Ibu Makin Tak Selesa Bergerak, Banyakkan Berehat!

Pada minggu ke 31 hamil, keadaan fizikal bayi anda juga lengkap sepenuhnya kecuali sebahagian kecil paru-parunya.

Begitu juga pada bahagian otaknya. Otak dikatakan masih dalam proses perkembangan tetapi semakin laju dan bayi sekarang boleh mendapat dan memproses maklumat dengan cepat.

Bayi juga mula merasa sakit jika kedudukannya tidak betul. Dia akan bertukar posisi kepada lebih selesa. Dan inilah yang membuatkan ibu semakin merasa tidak selesa dengan pergerakkannya yang kerap dan aktif. Berat bayi anda kini sudah pun menjangkau 1.4 kg dan tingginya pula 40 sm.

Keadaan tubuh anda pula semakin baik. Sesak nafas dan mudah penat adalah perkara biasa. Sesak nafas atau termengah-mengah akan mudah berlaku sekiranya anda tidak berhenti bergerak. Jadi cara terbaik adalah dengan banyakkan berehat.

Jika waktu malam anda rasa kurang selesa untuk bernafas, pastikan pakaian anda tidak terlalu ketat dan panas. Dapatkan posisi yang tepat dan selesa.

 

Perbanyakkan rehat dihujung-hujung trimester ini agar anda mendapat tenaga sebaiknya untuk bersalin. Sesekali lakukan senaman ringkas untuk mendapatkan kecergasan yang baik. Badan jadi lebih bertenaga.

Jangan lupa pengambilan makanan yang sihat dan segar. Elakkan jenis makanan berminyak, pedas dan berlemak. Ia boleh memudaratkan dan mengganggu anda rasa tidak selesa.

Dapatkan rehat sebaiknya di waktu malam dan paling penting rehatkan minda dengan perkara-perkara yang menggembirakan.

Menarik: Dr Say Sekolahkan Suami Anggap Isteri Bersalin Czer Sudah Rosak, Tak Kisah Bersalin Cara Apa Pun Patut Diraikan!

Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA  atau join keluargagader club

Dapatkan perkongsian lebih menarik dari Tik Tok Keluarga @keluarga.my


Posted

in

by

Comments

Leave a Reply