Tukar Warna Kereta, Ini Cara Kemaskini Maklumat Di JPJ. Sangat Mudah!

Menukar warna kereta adalah salah satu cara untuk memberikan penampilan baharu kepada kenderaan anda.  Namun, penting untuk diingat bahawa selepas menukar warna kereta, anda perlu mengemaskini maklumat warna baharu kenderaan tersebut di Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).
Jangan risau, proses ini sebenarnya sangat mudah jika anda tahu langkah-langkah yang betul. Ikut panduan dari Cik Amaya di bawah :

Tukar Warna Kereta Tukar Warna Kereta

Panduan mengemas kini maklumat warna cat kereta di JPJ

  1. Muat turun aplikasi JPJeQ.
  2. Imbas kod QR yang ada di JPJ untuk ambil nombor giliran.
  3. Kemudian, ambil borang untuk tukar warna.

Pengisian borang tukar warna cat kereta

Borangnya tulis nombor plat dan warna kenderaan apa yang sudah anda catkan.
Tulis nama dan nombor kad pengenalan.
Kemudian, turunkan tanda tangan.
Kalau tidak tahu cara isi borang boleh tanya abang-abang RELA di sana, mereka sangat membantu.

Pastikan anda cat dahulu kereta baru pergi mengemas kini di JPJ. Tiada apa-apa cas pembayaran, percuma sahaja.

 

Sumber: Cik Amaya

Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.


Posted

in

,

by

Tags:

Comments

Leave a Reply