Kasut Edisi Terhad Porsche 911 Turbo, Koleksi Eksklusif untuk Peminat Porsche

Porsche menyambut ulang tahun ke-50 model pertama jenama ini iaitu 911 Turbo dengan satu kejutan istimewa untuk semua peminat mereka.

Satu siri eksklusif yang terdiri daripada 12 reka bentuk kasut yang berbeza dan terhad kepada 911 unit setiap model.

Kasut ini adalah hasil kolaborasi bersama pengeluar pakaian sukan terkenal, Puma.

Homage yang Penuh Gaya

Diilhamkan oleh kereta Porsche milik Louise Piëch, sneaker “Turbo No. 1” direka dengan warna perak metalik.

Di bahagian dalam, kasut sukan ini menampilkan corak tartan merah dan biru yang ikonik, yang mencerminkan rekaan dalaman model pertama 911 Turbo.

Kasut“Turbo 930” pula hadir dalam warna Oak Green Metallic, diilhamkan oleh Turbo Dr. Ferry Porsche dari tahun 1976.

Lining dalam kasut ini direka dengan corak tartan hijau, menyerupai rekaan dalaman Turbo Dr. Ferry Porsche.

Mempersembahkan Keindahan Reka Bentuk Turbo

Tulisan turbo vintaj di bahagian luar dan logo Porsche yang halus merupakan elemen utama bagi semua versi kasut ini.

Peminat kasut akan lebih teruja dengan bahagian tumit, yang menampilkan reka bentuk ‘whale fin’ yang menyerupai spoiler belakang kenderaan serta lampu belakang merah melintang.

Bahagian tumitnya dihiasi dengan Crest Porsche dalam cetakan 3D yang sepadan.

Bahagian hadapan kasut ini dihiasi dengan plak boleh tanggal yang mempunyai ukiran ulang tahun ke-50.

Siluet kasut Puma “Road Rider” yang baru diilhamkan oleh sukan permotoran telah dipilih untuk semua model ini.

Legenda yang Melangkaui Sempadan

Untuk pasaran Malaysia, Hanya edisi “Turbo No. 1” dan “Turbo 930″ sahaja dipasarkan dan hadir dalam warna eksklusif polar blue.

Ia akan tersedia bermula 29 Ogos 2024 di semua Pusat Porsche pada harga yang ditetapkan dan terhad kepada 150 pasang sahaja.

Setiap pembeli akan menerima sneaker edisi terhad ini bersama satu set tali kasut tambahan untuk gaya yang lebih individu.

Beg sukan Porsche Puma berwarna hitam dengan zip dan tali bahu boleh laras dijadikan pembungkusan, menyerlahkan lagi keunikan edisi ini.

++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di YoutubeInstagram &  TikTok.


Posted

in

, ,

by

Comments

Leave a Reply