Asid folik boleh sebabkan risiko anak autisme? Mitos atau fakta? Asid folik boleh menyebabkan risiko anak autisme? Terdapat kajian dari John Hopkins Bloomberg School of Public Health menyatakan asid folik boleh menyebabkan risiko anak mendapat autisme.
Asid Folik Boleh Sebabkan Risiko Anak Autisme? Mitos Atau Fakta?
Bagaimanapun menurut Pegawai Perubatan Obstetrik & Ginekologi, Kementerian Kesihatan Malaysia, Dr. Muhammad Izzat Abdul Razak, sebenarnya terdapat banyak bukti saintifik yang menunjukkan asid folik dapat mengurangkan risiko mendapat kecacatan tiub neural seperti spina bifida.
Pertubuhan kesihatan sedunia termasuk RCOG, menyarankan agar wanita mengambil asid folik ketika sedang cuba untuk hamil dan ketika di peringkat awal kehamilan.
Dalam kajian terbaru seperti di atas, wanita yang mengambil dos rendah asid folik tidak mendapat anak yang mempunyai autisme, manakala wanita yang mengambil asid folik dalam dos yang tinggi mendapat anak yang mempunyai autisme.
Pengkaji dalam kajian tersebut, mengakui kelebihan dan faedah yang didapati dari suplemen asid folik ini, dan TIDAK menyuruh wanita dari BERHENTI mengambil asid folik.
Keputusan dari kajian yang kecil ini perlu diambil secara berhati-hati kerana asid folik dan kaitannya dengan autisme MASIH TIDAK DIKETAHUI.
Bagaimanapun, wanita digalakkan untuk mengambil dos yang disarankan sahaja setiap hari, tapi tidak melebihi dos yang sepatutnya. Perkaitannya dengan autisme masih perlu dikaji lagi.
SEMUA WANITA DISARANKAN UNTUK MENGAMBIL 400MICROGRAM ASID FOLIK SETIAP HARI KETIKA SEDANG CUBA UNTUK HAMIL, DAN DITERUSKAN SEHINGGA MINGGU KE-12 KEHAMILAN. DOS YANG LEBIH TINGGI HANYA UNTUK SESETENGAH KUMPULAN WANITA SEPERTI MEREKA YANG MEMPUNYAI DIABETES.
Polisi pemakanan yang memastikan roti ditambah dengan asid folik diperlukan sebagai inisiatif kesihatan awam untuk memastikan tiada kekurangan zat asid folik dikalangan ibu hamil.
Ini penting lebih-lebih lagi jika ibu mempunyai pola pemakanan yang tidak memuaskan atau mempunyai sosioekomi yang kurang memberangsangkan, juga kepada mereka yang tidak merancang kehamilan.
Jangan cepat melatah dan BERHENTI menakut-nakutkan orang ramai dan ibu-ibu hamil mengenai asid folik dan autisme
Sumber: Medical Mythbusters Malaysia
Baca artikel lain juga: Kenapa Ibu Hamil Perlu Ambil Asid Folik? Ini Fakta Perlu Tahu!
Rancang Hamil, Elok Makan Asid Folik Untuk Bantu Tingkatkan Kesuburan
Makanan Kaya Asid Folik Ni Wajib Ibu Hamil Ambil, Baik Untuk Perkembangan Janin!
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) sekarang!
Dapatkan lebih ilmu keibubapaan di Tik Tok Pa&Ma @pama.my
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.