Suka Makan Kari Boleh Tingkatkan Risiko Mati Pucuk, Amaran Pakar Urologi

Sebagai lelaki, kita sering menikmati hidangan pedas seperti kari yang menjadi kegemaran rakyat Malaysia.
Rasa pedas yang menyengat, ditambah dengan aroma rempah yang memikat, menjadikan kari pilihan utama untuk memuaskan selera. Namun, dalam keasyikan menikmati hidangan ini, kita perlu berwaspada terhadap kesan jangka panjangnya terhadap kesihatan lelaki.

Makan Kari Makan Kari

Terbaru, pakar-pakar urologi telah memberi amaran kepada kaum lelaki yang sering makan hidangan pedas seperti kari sebanyak tiga kali seminggu atau lebih, menurut laporan portal berita Daily Star semalam.
Mereka menjelaskan bahawa tabiat ini boleh meningkatkan risiko mati pucuk sehingga tiga kali ganda.

Kumpulan pakar urologi dari Universiti China Selatan berkata: “Kajian kami menunjukkan bahawa pengambilan makanan pedas secara kerap boleh meningkatkan risiko mati pucuk, terutamanya dalam kalangan lelaki yang bukan perokok.

makan kari lelaki makan nasi dan kari

“Semakin tinggi kekerapan makan makanan pedas, semakin tinggi untuk lelaki berisiko (mati pucuk), katanya.

Turunkan Kadar Testosteron

Perunding urologi Klinik Harley Street, London, Profesor Raj Persad pula menambah:

“Mereka yang makan lebih banyak makanan pedas mungkin lebih cenderung menghidap diabetes atau Indeks Jisim Badan (BMI) tinggi.

“Kedua-dua keadaan ini boleh dikaitkan dengan mati pucuk,” katanya.

Saintis – saintis percaya bahawa rempah pedas dalam diet meningkatkan risiko mati pucuk kerana ia boleh menurunkan kadar testosteron.

Mereka yang makan makanan pedas berempah seperti kari selama tujuh hari seminggu didapati mempunyai 12 peratus kurang hormon testosteron berbanding individu yang tidak memakannya.

Sumber : 1

Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.

 


Posted

in

, ,

by

Comments

Leave a Reply