Pakaian Syuhrah: Bahaya Fabrik Satin Dan Rekaan Berlebihan Bagi Muslimah

Pada masa kini, jubah menjadi pilihan utama bagi wanita Muslimah yang menggemari pakaian yang labuh dan longgar. Selain itu, rekaan jubah yang menarik dan cantik juga menjadi keutamaan, membolehkan wanita memakainya kelihatan menawan dan trendy.

Pun begitu perlu hati-hati juga, meski menutup aurat tapi ada juga pakaian yang masih menonjol dan tidak sesuai dikenakan oleh muslimah. Antaranya fabrik satin, walau pun besar atau labuh namun fabrik yang berkilat ini juga nipis dan boleh menonjolkan anggota tubuh wanita.

Perkara ini diingatkan oleh Ummu Nailah yang terlibat dalam bidang seni jahitan khusus untuk Muslimah.

 Bahaya Fabrik Satin Dan Rekaan Berlebihan Bagi Muslimah Bahaya Fabrik Satin Dan Rekaan Berlebihan Bagi Muslimah

Muslimah, elakkan pakai fabrik satin walaupun berjubah bertudung labuh

Ujar beliau sebagai guru jahitan yang cuba memartabatkan pakaian syar’i dalam kalangan masyarakat, pakaian yang menggunakan material satin ini langsung tak sesuai dijadikan pakaian muslimah walaupun ia menutup aurat.

Ia ‘BOLEH’ dikategorikan pakaian SYUHRAH dan menampakkan BENTUK TUBUH. Bukan apa, ketika ini nampak trend french jilbab material satin yang dicetuskan oleh selebriti semakin menjadi ikutan muslimah.

๐—”pa itu pakaian syurah?

Dalam pada itu beliau turut berkongsi tentang makna syuhrah, jelasnya dalam hadis Nabi SAW melarang pakaian syuhrah. Asal perkataan syuhrah bermaksud yang menonjol atau yang jelas nampak atau tersebar. Dalam bahasa Melayu kita guna perkataan Arab ini sebagai masyhur bermaksud yang tertonjol atau yang tersebar.

Ungkapan pakaian (libas / tsaub ) syuhrah yang digunakan dalam hadis Nabi sallallahu alaihi wa sallam, di mana baginda bersabda:
ู…ูŽู†ู’ ู„ูŽุจูุณูŽ ุซูŽูˆู’ุจูŽ ุดูู‡ู’ุฑูŽุฉู ุฃูŽู„ู’ุจูŽุณูŽู‡ู ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู ูŠูŽูˆู’ู…ูŽ ุงู„ู’ู‚ููŠูŽุงู…ูŽุฉู ุซูŽูˆู’ุจูŽ ู…ูŽุฐูŽู„ู‘ูŽุฉู
โ€œSesiapa yang memakai pakaian syuhrah, Allah akan memakaikannya pada Hari Kiamat pakaian kehinaanโ€
Rujukan:
[Riwayat Ahmad, Ibn Majah, Abu Daud. Hadis hasan]

Pakaian syuhrah yang dimaksudkan dalam hadis ialah pakaian yang pelik bagi penduduk atau sesiapa yang berada di negeri atau tempat pakaian tersebut dipakai. Dalam erti kata lain pakaian yang menyalahi uruf setempat.

Ia akan membuatkan mata orang ramai tertumpu kagum atau rasa ganjil terhadap pemakai. Tujuannya agar mata orang ramai tertumpu padanya, merasakan diri istimewa samada di sudut kekayaan atau di sudut kewarakan beragama.

Pakaian Syuhrah Pakaian Syuhrah

Inilah yang dihuraikan oleh para ulama seperti al-Imam asy-Syaukani (w 1250H)
-Fatwa Mufti Perlis, Dr.Maza
Ini teks asalnya:
ุซูŽูˆู’ุจู‹ุง ูŠูŽุดู’ุชูŽู‡ูุฑู ุจูู…ูŽุฐูŽู„ูŽู‘ุชูู‡ู ูˆูŽุงุญู’ุชูู‚ูŽุงุฑูู‡ู ุจูŽูŠู’ู†ูŽู‡ูู…ู’ ุนูู‚ููˆุจูŽุฉู‹ ู„ูŽู‡ูุŒ ูˆูŽุงู„ู’ุนูู‚ููˆุจูŽุฉู ู…ูู†ู’ ุฌูู†ู’ุณู ุงู„ู’ุนูŽู…ูŽู„ู ุงู†ู’ุชูŽู‡ูŽู‰. ูˆูŽูŠูŽุฏูู„ูู‘ ุนูŽู„ูŽู‰ ู‡ูŽุฐูŽุง ุงู„ุชูŽู‘ุฃู’ูˆููŠู„ู ุงู„ุฒูู‘ูŠูŽุงุฏูŽุฉู ุงู„ูŽู‘ุชููŠ ุฒูŽุงุฏูŽู‡ูŽุง ุฃูŽุจููˆ ุฏูŽุงูˆูุฏ ู…ูู†ู’ ุทูŽุฑููŠู‚ู ุฃูŽุจููŠ ุนูŽูˆูŽุงู†ูŽุฉูŽ ุจูู„ูŽูู’ุธู: ” ุชูŽู„ู’ู‡ูŽุจู ูููŠู‡ู ุงู„ู†ูŽู‘ุงุฑู ” ูˆูŽุงู„ู’ุญูŽุฏููŠุซู ูŠูŽุฏูู„ูู‘ ุนูŽู„ูŽู‰ ุชูŽุญู’ุฑููŠู…ู ู„ูุจู’ุณู ุซูŽูˆู’ุจู ุงู„ุดูู‘ู‡ู’ุฑูŽุฉู ูˆูŽู„ูŽูŠู’ุณูŽ ู‡ูŽุฐูŽุง ุงู„ู’ุญูŽุฏููŠุซู ู…ูุฎู’ุชูŽุตู‹ู‘ุง ุจูู†ูŽูููŠุณู ุงู„ุซูู‘ูŠูŽุงุจูุŒ ุจูŽู„ู’ ู‚ูŽุฏู’ ูŠูŽุญู’ุตูู„ู ุฐูŽู„ููƒูŽ ู„ูู…ูŽู†ู’ ูŠูŽู„ู’ุจูŽุณู ุซูŽูˆู’ุจู‹ุง ูŠูุฎูŽุงู„ููู ู…ูŽู„ู’ุจููˆุณูŽ ุงู„ู†ูŽู‘ุงุณู ู…ูู†ู’ ุงู„ู’ููู‚ูŽุฑูŽุงุกูุŒ ู„ููŠูŽุฑูŽุงู‡ู ุงู„ู†ูŽู‘ุงุณู ููŽูŠูŽุชูŽุนูŽุฌูŽู‘ุจููˆุง ู…ูู†ู’ ู„ูุจู’ุณูู‡ู ูˆูŽูŠูŽุนู’ุชูŽู‚ูุฏููˆู‡ูุŒ ู‚ูŽุงู„ูŽู‡ู ุงุจู’ู†ู ุฑูŽุณู’ู„ูŽุงู†ูŽ. ูˆูŽุฅูุฐูŽุง ูƒูŽุงู†ูŽ ุงู„ู„ูู‘ุจู’ุณู ู„ูู‚ูŽุตู’ุฏู ุงู„ูุงุดู’ุชูู‡ูŽุงุฑู ูููŠ ุงู„ู†ูŽู‘ุงุณู ููŽู„ูŽุง ููŽุฑู’ู‚ูŽ ุจูŽูŠู’ู†ูŽ ุฑูŽูููŠุนู ุงู„ุซูู‘ูŠูŽุงุจู ูˆูŽูˆูŽุถููŠุนูู‡ูŽุง ูˆูŽุงู„ู’ู…ููˆูŽุงููู‚ู ู„ูู…ูŽู„ู’ุจููˆุณู ุงู„ู†ูŽู‘ุงุณู ูˆูŽุงู„ู’ู…ูุฎูŽุงู„ููู ู„ูุฃูŽู†ูŽู‘ ุงู„ุชูŽู‘ุญู’ุฑููŠู…ูŽ ูŠูŽุฏููˆุฑู ู…ูŽุนูŽ ุงู„ูุงุดู’ุชูู‡ูŽุงุฑูุŒ ูˆูŽุงู„ู’ู…ูุนู’ุชูŽุจูŽุฑู ุงู„ู’ู‚ูŽุตู’ุฏู ูˆูŽุฅูู†ู’ ู„ูŽู…ู’ ูŠูุทูŽุงุจูู‚ู’ ุงู„ู’ูˆูŽุงู‚ูุนูŽ
Rujukan:
[Kitab Nil al-Author karya Imam Asy-Syaukani, jilid 2 m/s 132]

Pakaian untuk meraih populariti

Pakaian syuhrah adalah pakaian yang dipakai untuk meraih populariti di tengah-tengah orang ramai, baik pakaian tersebut mahal, yang dipakai oleh seseorang untuk berbangga dengan dunia dan perhiasannya, mahupun pakaian yang bernilai rendah, yang dipakai oleh seseorang untuk menampakkan kezuhudan dan bertujuan untuk riyaโ€™.
Rujukan: [Jilbab al-Marโ€™atil Muslimah karya Al-Albani, hal. 213]

Illat (faktor) yang membawa kepada pengharamannya ada 2 di sini:

1.Niat untuk berbangga
Ini kita tak boleh putuskan sebab ia urusan antara seseorang itu dengan Allah

2.Pelik, ganjil & buat mata orang ramai tertumpu padanya
Jadi kita hukum sesuatu pakaian itu sama ada syuhrah atau tidak berdasarkan justifikasi illat yang kedua ini berdasarkan uruf setempat

Maka pendapat saya yang dhaif lagi hina ini, elakkan lah french Jilbab, jubah atau khimar yang menggunakan material satin, di samping ia menonjolkan bentuk yang tak sepatutnya disebabkan ia berkilau.

Wallahu A’lam

Sumber: Ummu Naielah

BACA LAGI :Penyokong Jepun Tular Di Piala Dunia 2022, Kutip Sampah Sampai Stadium Bersih!ย 

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram,ย Instagram &ย TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.


Posted

in

,

by

Comments

Leave a Reply