WonderLab & WonderDewi Perkenal Siri Baru Penjagaan Kulit ‘Ageless Pre-Ageing’ Dan ‘Cica’ Sempena Ulang Tahun Ke-5!

Bersempena ulang tahun yang kelima, WonderLab dan WonderDewi baru-baru ini memperkenal siri penjagaan kulit terbaru iaitu WonderLab Ageless Pre-Ageing dan WonderDewi Cica.

Kedua siri produk ini dilancarkan di ‘WonderLab 5bulous Anniversary’ Pop-Up, The Starhill Bukit Bintang menawarkan produk dirumus istimewa untuk orang dan cuaca di Malaysia.

Barisan Produk Siri WonderLab Ageless Pre-Ageing

Barisan Produk Siri WonderDewi Cica

Menurut Pengarah Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutif CUCKOO International, pemilik jenama WonderLab, WonderDewi, En.Hoe Kian Choon (KC Hoe), barisan produk yang baru dilancarkan ini menggariskan komitmen berterusan selain menunjukkan kebolehan mereka berinovasi dalam mencipta produk kecantikan.

“Kami menawarkan WonderLab Ageless Pre-Ageing sesuai untuk pengguna yang menginginkan solusi penjagaan kulit yang berprestasi tinggi.”

“Manakala bagi siri WonderDewi Cica istimewa bagi pengguna yang lebih muda kerana ia lebih efektif dan berpatutan”

Dalam pada itu, ‘WonderLab 5bulous Anniversary’ Pop-Up dengan tema ‘Be Iconic’ juga mengalu-alukan kemeriahan pengunjung di tengah kota Kuala Lumpur. Selain membeli belah barangan produk WonderLab dan WonderDewi, pengunjung juga boleh melibatkan diri dengan pelbagai aktiviti interaktif, permainan mini yang menarik, dan membuat analisa kulit secara percuma!

Bagi penggemar kecantikan dan penjagaan kulit, anda dijemput beramai-ramai untuk singgah ke ‘WonderLab 5bulous Anniversary’ Pop-Up, The Starhill Bukit Bintang, Kuala Lumpur yang akan berlangsung dari 10 pagi hingga 10 malam sehingga 1 September ini.

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti TelegramInstagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Comments

Leave a Reply