Apa yang membuatkan anda mencintai pasangan sendiri? Kerana paras rupa atau peribadinya? Benar, cantik itu memang sedap mata memandang, namun fizikal manusia berubah seiring dengan masa dan usia. Bahkan kecantikan itu tidak kekal lama.
ARTIKEL BERKAITAN: Aedy Ashraf Kongsi Momen-Momen Manis Sempena Ulang Tahun Kelahiran Amelia Henderson
Menurut pelakon terkenal Aedy Ashraf, rupa paras dan kecantikan bukan faktor utama yang mendorongnya untuk jatuh hati terhadap kekasihnya, aktres Amelia Henderson.
Mengakui bahawa dirinya lebih tertarik dengan personaliti bintang berusia 28 tahun itu berbanding rupa parasnya yang sudah sedia maklum cukup menawan setiap mata yang memandang.
“Salah satu faktor saya jatuh cinta adalah sebab dia cantik, namun saya percaya
kami juga akan tua dan kecantikan seperti sekarang ini tidak akan kekal lama.
“Apa yang menguatkan hubungan kami adalah personaliti dia sendiri. Dia sentiasa membuatkan saya rasa selamat dan menjadi seorang yang lebih baik.
“Bagi saya kita semua harus ada pemikiran begitu. Tidak hanya melihat kepada
kecantikan dalam bercinta,” jelasnya.
Tambah pelakon War on Terror: KL Anarchy ini lagi, meskipun mereka sedang dalam fasa bahagia namun tidak lagi meletakkan sebarang perancangan untuk menamatkan zaman bujang dalam masa terdekat.
Menurutnya dia dan Amelia sedang rancak bekerja memenuhi komitmen lain dan mahu memberi fokus kepada apa yang sedang diusahakan sekarang ini.
“Belum ada perancang lagi ke arah itu. Sekarang sangat sibuk dengan kerja. Amelia
pun komited dengan kerjaya dan dia ada visi yang tinggi terhadap apa diusahakan.
“Saya menghormati perkara itu dan rasanya perlu menjadi seperti dia,” ujarnya.
Awhhhh, comel sangat lovebirds ini. REMAJA doakan jodoh mereka dipercepatkan dan bahagia selalu di sisi masing-masing!
BACA LAGI: 6 Tahun Naik Turun Mahkamah, Gwyneth Paltrow Menang Kes Saman Kemalangan Ski Dan Dianugerahkan 1USD
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER FOTO: Instagram Aedy Ashraf
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.