Beberapa hari lalu tular kisah lumba siput sedut yang dilakukan oleh seorang pemuda.
Dalam keterujaan kita menonton timbul persoalan dari kalangan netizen tentang hukum lumba siput ini. Perkara ini dihuraikan oleh pendakwah terkenal Ustaz Azhar Idrus.
Menurut Ustaz Azhar hukum asal bagi berlumba itu adalah harus ia samada yang berlumba itu manusia atau haiwan.
Akan tetapi jika ada perkara yang dilarang agama seperti perjudian ketika berlumba itu maka hukumnya berubah daripada harus menjadi haram.
Berkata Imam Ibnu Al-Quddamah :
وَالْمُسَابَقَةُ عَلَى ضَرْبَيْنِ ؛ مُسَابَقَةٌ بِغَيْرِ عِوَضٍ ، وَمُسَابَقَةٌ بِعِوَضٍ . فَأَمَّا الْمُسَابَقَةُ بِغَيْرِ عِوَضٍ ، فَتَجُوزُ مُطْلَقًا مِنْ غَيْرِ تَقْيِيدٍ بِشَيْءٍ مُعَييَّنٍ
Ertinya : “Dan perlumbaan itu ada dua bahagi. Pertama ialah perlumbaan tanpa bertaruh dan keduanya perlumbaan dengan bertaruh. Maka adapun perlumbaan tanpa bertaruh maka harus hukumnya dengan mutlak tanpa ada sebarang kaitan dengan suatu yang tertentu.” (Kitab Al-Mughni)
Dan lagi disyaratkan bagi harus perlumbaan tanpa bertaruh itu ialah tidak ada pada perlumbaan itu menyiksa haiwan yang terbabit.
Kesimpulannya perlumbaan siput tersebut jika tidak ada disertakan dengan pertaruhan maka hukumnya tidaklah haram.
Sumber Ustaz Azhar Idrus
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.