Suami Anak Mak, Isteri Perlu Bijak Mainkan Peranan, Jangan Sampai Bermusuh Dengan Mak Mentua

Suami anak mak, isteri perlu bijak mainkan peranan, jangan sampai bermusuh dengan mak mentua. Sebagai seorang isteri, memahami bahawa suami adalah ‘anak mak’ bukanlah sesuatu yang negatif. Sebaliknya, ia menunjukkan bahawa suami anda adalah seorang lelaki yang menghargai dan menghormati ibu yang telah membesarkan dan mendidiknya.

Suami Anak Mak, Isteri Perlu Bijak Mainkan Peranan, Jangan Sampai Bermusuh Dengan Mak Mentua

Namun, sebagai isteri, anda perlu bijak memainkan peranan agar tidak merasa terpinggir atau menganggap kehadiran ibu mentua sebagai satu ancaman. Berusaha untuk memahami keperluan suami dalam menjaga hubungannya dengan ibunya adalah kunci untuk mengelakkan perselisihan yang tidak perlu.

Manipulasi emosi akan berlaku kerana anak lelaki kesayangan mak mentua itu sebahagiannya sudah menjadi milik menantu perempuan. Akan berlaku tarik tali tetapi yang menjadikan keadaan lebih mencabar apabila mak mentua menggunakan manipulasi emosi.

Contoh kata-kata dalam strategi ini adalah seperti berikut:

“Mak tengok Man sejak kahwin ni selalu lebihkan isteri dari mak sendiri!”
“Kalau sayangkan Mak, Man kena balik tiap-tiap minggu tengok Mak”
“Mak dah tua, kalau Man tak boleh jaga Mak, siapa lagi?”

Siapa yang tidak goyang apabila berhadapan dengan strategi ini, betul tak? Walaupun kata-kata ini ditujukan kepada anaknya sendiri yang kebetulannya suami anda, tetapi siapakah yang akan paling kuat terasa bahangnya? Apa yang barangkali boleh anda cuba lakukan? Itulah yang akan saya kongsi dalam Nota Untuk Isteri minggu ini.

Tak Ada Ilmu

Pertama sekali anda perlu sedari bahawa ramai ibu sangat bergantung kepada naluri semula jadi untuk menyayangi anak sendiri.

Namun ramai ibu yang sebenarnya tidak ada ilmu bagaimana untuk menjadi ibu mentua yang baik kepada menantu sendiri. Terutama menantu perempuan. Ya, andalah tu. Sudah pasti anda tidak boleh kata kepada ibu mentua macam ini;

“Mak, Ina rasa elok mak ni masuk kelas jadi untuk belajar cara menjadi ibu mentua yang baik”

Andalah yang perlu ada ilmu bagaimana untuk menjaga emosi anda daripada terkena bahang manipulasi ini. Pertama sekali fahami keseluruhan situasi itu.

Isteri kena bijak main peranan agar suami tak rasa tersepit.

Tahap

Jangan sekadar melayan makna tajam di sebalik ayat-ayat yang ibu mentua anda sebut itu. Dalam Islam, ibu mentua itu hampir sama tahapnya dengan ibu sendiri. Apatah lagi ibu mentua itu adalah ibu kandung suami anda.

Jika ibu mentua anda tinggal seorang di kampung dan suami adalah anak tunggalnya maka anda mesti cukup matang untuk memahami situasi itu. Ingat bahawa apa yang kita semai maka itulah yang kita tuai suatu hari nanti.

Jika anda terlalu berkira maka suatu hari nanti apakah tidak berlaku keadaan menantu anda akan mengawal ketat anak lelaki anda nanti?

Hak Isteri

Situasi kedua bagaimana jika memang sahih keluarga mentua anda memang menggunakan strategi ini untuk menguasai suami anda sepenuhnya? Kembali kepada asas.

Anda sebagai isteri mempunyai hak-hak yang dijamin dalam agama. Hak ini adalah sempadan mengorbanan anda dan tidak boleh diambil oleh sesiapa sekali pun. Di sinilah seorang isteri perlu ilmu dan ketegasan. Isu ini panjang dan rumit untuk diterangkan dalam ruang singkat ini.

Namun selamat untuk saya sebutkan bahawa tempat terbaik untuk anda mempertahankan hak-hak ini adalah di Jabatan Agama atau di Mahkamah Syariah.

Tanya Soalan

Satu lagi cara yang saya boleh kongsikan ialah dengan bertanya soalan. Seorang isteri yang bijaksana ialah isteri yang bijak bertanya soalan. Bukan isteri yang banyak soalan tau! Lain maksudnya tu!

Sebagai contoh suami anda diarahkan pulang ke kampung tetapi adakah salah jika anda bertanya jika suami boleh menangguhkan dahulu sehingga anak anda sihat?

Bertindak Selepas Cukup Maklumat

Bertanya soalan juga adalah ‘pintu’ untuk mendapatkan maklumat. Seorang isteri yang bijaksana sentiasa membuat keputusan dan tindakan setelah mendapat cukup maklumat.

Cukuplah tiga situasi ini dahulu. Sebab itu, selalu dikatakan mengurus hubungan antara menantu dan mentua adalah lebih mencabar daripada menguruskan hal interaksi antara negara.

Sumber: Dr. Syed Yusainee Yahya, Promind Training And Consultation (penulis tetap ruangan Nota Untuk Isteri di dalam Majalah Mingguan Wanita)

Baca artikel lain juga: Bila Mak Mentua Pilih Kasih, Menantu Perempuan Makan Hati, Selalu Rasa Tersisih

Mak Mentua Jangan Anggap Menantu Perempuan Pesaing, Konon Rampas Anak Lelaki Kesayangan

Mak Mentua Suka Audit Menantu, Rumah Tangga Jadi Kacau Bilau

 

Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE

“Mayat orang terendam nie bau dia dari jauh dah boleh hidu. Kulit mereka pun dah tertanggal. Biasa badan mereka licin, beza dengan kematian biasa.

“Satu petua bila bau mayat begini, pantangnya jangan ludah. Sebaiknya telan air liur dan insya Allah bau mayat akan hilang serta merta.

“Biasanya bagi pengurusan mandi jenazah begini, kita akan lapik kain putih dahulu dan baru letak jenazah atasnya. Jangan gosok kerana isi dah lerai.

Ambil sabun dan taburkan. Paip air kita bungkus atasnya dan jirus perlahan pada jenazah. Tak lama, biasa sekejap. Habis mandi, kulit-kulit tertanggal kita satukan sekali…

Ikuti kisah pengalaman tukang mandi jenazah, Puan Lasminah Dul Siraj yang berpengalaman berpuluh tahun dalam pengurusan jenazah di Lembah Klang.

Ikuti video penuh temubual bersama dirinya di YouTube Mingguan Wanita dan Facebook jam 8 malam ini. Jangan lupa subscribe YouTube Mingguan Wanita.

Lokasi temuramah :- Tanah Perkuburan Islam Kg Kerinchi, Bukit C2 Pantai Dalam.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Comments

Leave a Reply