Dalam kesibukan bekerja menguruskan hidupan harian, kita kadangkala alpa sehingga mengambil mudah untuk meminta ibu atau orang tua kita menjaga anak dengan tanggapan, bukan jaga anak orang lain, jaga cucu sendiri. Tak kan itu pun tak boleh?
Dalam satu kupasan ceramah yang dilakukan oleh pendakwah terkenal Habib Ali Zaenal Abidin Al-Hamid apabila diminta mengulas tentang perkara beliau menjelaskan bahawa, baginda SAW pernah ditanya tentang kedudukan orang tua pada anak.
“Nabi menjawab,”Orang tua adalah syurga kamu atau neraka kamu” Ikut sahaja yang mana satu menjadi pilihan; nak masuk syurga, maka berbaktilah kepada orang tua dan kalau nak masuk neraka, maka lawanlah orang tua.
Setiap hari melakukan amal ibadat, dan tanpa kita sedar itu semua tidak bermakna langsung. Walaupun banyak kali tunaikan haji atau umrah, banyak bersedekah dan amal-amal lain; tetapi sekali kita tidak membahagiakan atau berbakti kepada orang tua, maka hilanglah pahala amalan tadi. Sia-sia.
“Jadilah anak yang baik; berbakti kepada kedua orang tuanya, tidak sombong kepada orang tua, tidak sombong kepada orang lain malah pada diri sendiri,” jelasnya lanjut.
Menurut Habib Ali Zaenal lagi, di akhir zaman, anak akan sombong dengan orang tuanya. Di akhir zaman, anak akan mengungkit ihsannya kepada orang tua. Di akhir zaman, anak akan berkira dengan orang tuanya. Di akhir zaman, orang tua akan takut dengan anaknya. Di akhir zaman, anak tidak hormat kepada orang tuanya.
Sekadar gambar hiasan
Baginda ditanya oleh Jibril a.s tanda Hari Kiamat. Maka dijawab Rasulullah SAW, salah satunya hamba sahaya (ibunya) melahirkan tuannya (anak) menjadi majikan kepada ibunya.
Macam mana anak boleh menjadi majikan kepada ibunya? Anak berstatus majikan kepada ibunya apabila dia (anak) boleh menyuruh, memerintah ibunya untuk melakukan itu dan ini mengikut kehendaknya.
Sehingga ibu seumpama pembantu kepada anaknya. Ibu umpama orang suruhan yang disuruh ke sana dan di suruh ke sini. Cukup bulan, ibu diberikan gaji atau upah kerana telah menjaga cucu atau sebagainya.
Kalau itu adalah kehendak daripada ibu sendiri atau itu adalah perkara yang pada dasar kasih sayang atau keikhlasan, maka hal demikian tidak ada masalah.
Tetapi kalau anak mengatakan kepada orang tuanya, “Aku beri gaji kamu kerana menjaga anak aku” maka harus diingat, ini bukan hal yang boleh dipandang ringan. Anak tidak sepatutnya berbuat demikian kepada orang tuanya, kerana “Engkau dan harta kamu adalah milik orang tua mu,” kata Nabi SAW.
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.