Penggemar Asam Pedas Ikan Pari harus cuba resipi perkongsian saudari Mariana Zainal ini. Resipi paling asas dan sesuai dicuba bagi anda yang baru pertama kali nak cuba belajar masak lauk Asam Pedas.
Masak Asam Pedas ni tidaklah sukar. Paling penting bila menumis, cilinya harus masak sempurna. Asamnya juga harus cukup, seimbang dengan perasa lain. Barulah hasilnya sangat enak.
Selain pari, anda juga bebas guna ikan jenis lain. Antara yang sesuai ialah ikan parang, kembung, tenggiri, jenahak, senangin dan merah. Kalau ikan bawl, siakap atau cencaru pun boleh. Terpulang selera. Jom cuba! Anda pasti suka.
CARA MASAK ASAM PEDAS IKAN PARI PALING MUDAH, SEDAP & TAK GUNA BANYAK BAHAN
BAHAN-BAHAN:
6-7 potong ikan pari
Bendi – ikut selera nak guna bnayak mana
2 biji tomato – belah 2 @ 4
BAHAN KISAR:
1 1/2 biji bawang besar – beli online disini
5 ulas bawang putih
Sebesar ibu jari halia
Sebesar ibu jari belacan – beli online disini
25 tangkai cili kering – beli online disini
2 1/2 senduk minyak masak
BAHAN LAIN:
3 batang serai – diketuk
Sedikit daun kesum
2 kuntum bunga kantan – potong 2
1 cawan air asam jawa
1 sudu besar garam
Sedikit serbuk perasa
Air secukupnya (untuk kuah, agak-agak jangan cair sangat)
CARA MEMASAK:
1.Masukkan bahan kisar dan serai yang sudah diketuk dalam kuali.
2.Masukkan garam dan serbuk perasa. Tumis hingga betul-betul naik minyak dan cili berubah warna.
3.Masukkan air asam dan bunga kantan. Biarkan mendidih.
4.Masukkan sedikit air. Bila sudah mendidih, masukkan ikan pari dan daun kesum.
5.Bila sudah mendidih sekali lagi, masukkan tomato dan bendi.
6.Sesuaikan rasa dengan menambah garam dan perasa dengan secukupnya.
7.Angkat dan sedia untuk dinikmati.
Kredit resipi & foto: Mariana Zainal
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Jom Cuba! 24 Resipi Sambal Pelbagai Jenis Citarasa Orang Malaysia
Asam Pedas Daging Tetel Sedap, Resipi Mudah Boleh Masak Hari-Hari
Resipi Bingka Kelapa Muda, Kuih Tradisi Banjar Paling Sedap!
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.