Sedar tak sedar dah bergelar anak dara puteri-puteri kesayangan Yatie Sendayu Tinggi ni. Semakin cantik dan manis persis ibu mereka. Pandai bergaya pula tu!
Ke mana tumpahya kuah, kan? Sudah tentulah anak-anak pun terinspirasi dengan ibu mereka yang hebat dalam penampilan dan solekan.
Kakak sulung kepada usahawan terkenal, Datuk Seri Aliff Syukri ini dikurniakan dua cahaya mata perempuan hasil perkahwinannya bersama suami tercinta, Mohamad Zaidi.
Dua anak kesayangan mereka itu ialah Noor Uzma Raisah yang kini berusia 16 tahun dan Noor Aleya Baheerah, 13 tahun.
Yatie sering berkongsi foto OOTD bersama Uzma dan Aleya di Instagram miliknya.
View this post on Instagram
Baru-baru ini, anak kepada Bonda Rozita Ibrahim ini ada memuat naik beberapa foto dan videonya bersama Uzma dan Aleya di platform media sosial.
Hantaran itu memaparkan Yatie dan anak-anaknya memperagakan koleksi tudung raya daripada jenamanya The Hijab Co.
View this post on Instagram
Sekilas pandang macam kakak dan adik pula. Memang awet muda betul Yatie walaupun usianya hampir mencecah 40 tahun.
Memiliki fizikal yang kurus dan tinggi turut memberi kelebihan kepada ibu dan anak ini untuk tampil menawan dalam persalinan kurung moden polos.
Menjengah ke ruangan komen selain terpesona dengan keindahan koleksi tudung raya yang digayakan, rata-rata pengikut Yatie memuji kecantikan Yatie serta anak-anak daranya itu.
“Sorang muka bapa, sorang muka Mak….Dah besar,mkin cantik..Tengok la ibu diaorg,mantain cantik.”
“Cantik 3 beranak ni”
Anak sulung, Noor Uzma Raisah.
Anak kedua (bongsu), Noor Aleya Baheerah.
Malah, mereka turut mendoakan agar Uzma dan Aleya menjadi anak-anak yang solehah.
“MasyaAllah tabarakallah. Semoga menjadi anak-anak solehah. Berjaya dunia Akhirat”
Yatie turut mengimbau semula di mana semasa anak-anaknya masih kecil dialah yang sering menggayakan Uzma dan Aleya.
Uzma dan Aleya ketika kecil.
“Dulu kecik-kecik maknya la yang gayakan berdua ni @uzmaleya & @aleya_baheerah. Dah besar ni mana mau nya. Diorang cuma share scarf je dengan Kak Yatie.”
Untuk info selain menguruskan Sendayu Tinggi, Yatie turut memiliki rangkaian perniagaannya sendiri iaitu The Hijab Co dan The Skin & Co.
Pemilik nama penuh Noor Hayati Kamarzaman ini mewarisi minat dan bakat berniaga sama seperti ibunya, Rozita Ibrahim yang merupakan usahawan tersohor di Malaysia.
Kredit Foto: Instagram Yatie Sendayu Tinggi
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.