Mizz Nina Ibu Angkat Musa Yang Sah, Nama Noh Tiada Dalam Dokumen

Mizz Nina ibu angkat Musa yang sah, nama Noh tiada dalam dokumen. Nampaknya isu penjagaan Musa menemui noktah apabila Mizz Nina mengesahkan  mengesahkan penarikan balik kes penjagaan penuh dan inter-parte bagi hak penjagaan sementara bagi anak angkat, Musa.

Mizz Nina Ibu Angkat Musa Yang Sah

Menurut aktivis kemanusiaan ini, tiada pertikaian yang sepatutnya berlaku kerana mempunyai dokumen lengkap sebagai penjaga Musa yang sah.

“Saya hadir ke mahkamah hari ini untuk menghormati prosedur mahkamah dan mengesahkan kami mempunyai dokumen pengangkatan yang mana tidak tertulis namanya (Noh).

“Jadi, dengan ada dokumen ini bermaksud tiada pertikaian. Saya tegaskan tiada lagi pertikaian sebab ini bukan kes hak penjagaan dan kami mempunyai dokumen pengangkatan yang lengkap,” katanya.

Memetik laporan Berita Harian, Mizz Nina ditemui di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam untuk prosiding penarikan balik kes, pagi ini memaklumkan, dirinya  mahu Musa dibesarkan dalam persekitaran yang sihat dan dalam keluarga stabil.

“Musa ada mama dan baba, dia juga ada keluarga besar, jiran, persekolahannya dan semua orang yang sayangkannya. Jadi, saya mahu Musa dibesarkan dengan cara terbaik,” katanya.

Mizz Nina hadir bersama suaminya, Essam Muhammad dan peguam syarie Fakhrul Azman Abu Hassan dan Mahmud Abdul Jumaat.

BACA ARTIKEL MENARIK DI SINI :- Wakil Mizz Nina & Suami Datang Rumah Bawa Perintah Mahkamah, “Hancur Hati Saya”, Noh Serah Semula Anak

“Jangan Cari Isteri Saya” Sebarang Komunikasi Anak Angkat, Suami Mizz Nina Minta Noh Berhubung Dengannya

Jangan Salahkan Isteri Tak Ada Anak, Timbalan Menteri KPWKM Dedah Masalah Kesuburan Lelaki Di Tahap Membimbangkan

Nama Noh Tiada Dalam Dokumen

Fakhrul Azman berkata, Mizz Nina adalah ibu angkat Musa yang sah, justeru itu tiada isu berbangkit kerana kes kedua-dua kes sudah rasmi ditarik balik.

“Tiada isu apa-apa, seperti siapa yang nak melawat sebagainya. Kami sudah tarik balik kedua-dua kes dan mahkamah sudah benarkan kami untuk menarik balik.

“Pihak sana (Noh) suarakan mengenai kos pentaksiran. Kos kecil sebab tiada apa tindakan diambil setakat ini.

“Hak anak angkat juga sudah diberikan sepenuhnya kepada Mizz Nina, jadi tiada isu seperti kes hak penjagaan.

“Ini kes anak angkat bila anak angkat itu sudah diberikan kepada Mizz Nina sepenuhnya, jadi tiada siapa boleh melawat.

“Keputusan muktamad adalah ibu kandung Musa memutuskan untuk memberi hak penjagaan penuh kepada Mizz Nina,” katanya.

Semalam, Mizz Nina memutuskan memfailkan penarikan balik kes penjagaan penuh inter-parte bagi hak penjagaan sementara bagi Musa.

Fakhrul Azman berkata, tiada proses sulh yang berlaku semalam dan hari ini apabila Mizz Nina mengesahkannya di hadapan hakim.

Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.

Ajal terpisah sesaat. Seorang wanita @nurulmukminah berkongsi pengalaman terselamat dari maut dalam kemalangan ngeri nahas tujuh kenderaan di Kilometer (KM) 288.1 Lebuh Raya Utara-Selatan (PLUS) arah utara laluan Gopeng-Simpang Pulai yang meragut nyawa dua nyawa semalam.
Jelasnya, ikutkan kenderaan dipandunya mungkin terperesok di bawah treler berkenaan namun pemandu kontena telah memesongkan treler dipandu yang mengalami masalah tayar pancit sebelum melanggar treler di sebelahnya.
Mengakui masih ngeri namun bersyukur Allah masih memanjangkan nyawanya sekeluarga.

 


Posted

in

,

by

Comments

Leave a Reply