Iván Cervantes, nama besar dalam dunia Enduro dan juga merupakan Duta Global bagi jenama Triumph. Terbaru, dia telah menempa namanya dalam sejarah sukan pemotoran dengan meraih gelaran Rekod Dunia Guinness untuk Jarak terpanjang menunggang motosikal dalam tempoh 24 jam (individu).
Iván melakukannya dengan menunggang motosikal Tiger 1200 GT Explorer, sebuah motosikal standard yang disediakan oleh Triumph. Satu-satunya penyelenggaraan yang dilakukan pada motosikal itu hanyalah pertukaran tayar yang dirancang sebelum pertandingan.
High-Speed Ring di Pusat Teknikal Nardò, Itali ialah lokasi tunggangan ini dilakukan. Lokasi ini merupakan sebuah tempat di mana Iván tidak terhalang oleh kesesakan lalu lintas atau cuaca buruk semasa cubaan ini. Iván telah menunggang sejauh 4012.53km (2493.27 batu) dalam tempoh 24 jam!
Untuk memberi gambaran tentang jarak perjalanan ini, bermula daripada Johor Baharu anda menunggang motosikal ke Bukit Kayu Hitam dan ulang alik semula perjalanan tersebut sebanyak 5 kali.
Percubaan untuk memecahkan rekod ini disaksikan oleh penilai Rasmi Rekod Dunia Guinness yang mengesahkan pencapaian luar biasa Iván ini. Kejayaan ini diperolehi dengan purata kelajuan 167.79km/jam.
Iván, dengan rendah hati, berkongsi pengalaman menariknya semasa tunggangan ini. Beliau mengakui bahawa cuaca menjadi cabaran utama, namun, keupayaan motosikal yang dilengkapi dengan skrin besar dan perlindungan yang cekap memberikannya kelebihan.
Rekod Dunia ini bukan sahaja mencerminkan kecekapan dan keupayaan Iván sebagai penunggang motosikal yang hebat, tetapi juga ketekunan, semangat, dan keazaman yang diserap oleh jenama Triumph. Ini bukan hanya satu pencapaian bagi Iván, tetapi juga untuk jenama Triumph secara keseluruhannya.
Informasi secara ringkas dalam bentuk nombor :
Tempoh percubaan: 24 jam
Jarak keseluruhan yang ditempuh: 4012.53km
Lokasi: High Speed Ring, Pusat Teknikal Nardò, Itali
Panjang satu pusingan: 12.649km
Bilangan pusingan: 317
Kelajuan menunggang: Lebih 200km/jam
Purata kelajuan selama 24 jam: 167.79km/jam
Jumlah berhenti: 18
Liter bahan api digunakan: 520
Bilangan pertukaran tayar: 1
Jam tidur: 0
++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di Youtube, Instagram & TikTok.
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.