Anda penggemar Kek Marble tapi tercari-cari resipi yang mudah dan boleh bakar tanpa guna ketuhar? Ni dia resipi yang anda perlukan.
Kek Marble ini sangat mudah dan simple sahaja. Cara bakarnya pun senang dimana anda tidak perlu guna oven. Hanya masak kek and menggunakan periuk nasi dan dapur gas sahaja. Wow!
Ramai yang tanya, masak kek guna dapur gas ni, periuk tak hangit ke? Tak terbakar ke? Tak berlubang ke? Jawapannya tak selagi anda masak menggunakan api kecil.
Jom cuba resipi perkongsian saudari Nor Elyani Ramli. Pasti seronok pertama kali buat kek walaupun rumah tak ada oven.
CARA MASAK KEK MARBLE SEDAP TANPA GUNA OVEN
BAHAN-BAHAN:
- 1 cawan margerin (empunya resipi guna cap pelangi) – beli online disini
- 1 cawan gula
- 2 cawan tepung naik sendiri – beli online disini
- 1 sudu kecik esen vanilla – beli online disini
- 5 bijik telur saiz B
- 2 sudu besar susu cair – beli online disini
- Pewarna hijau & merah – beli online disini
CARA MEMASAK:
1.Pukul gula dengan margerin sampai kembang.
2.Masukkan esen vanilla dan susu cair.
3.Kemudian masukkan telur sebiji demi sebijik dan pukul sampai sebati.
4.Akhir sekali, masukkan tepung yang sudah diayak.
5.Bahagikan adunan kepada 3 bahagian dan letak pewarna dengan secukupnya.
6.Tuang adunan ke dalam loyang secara berselang seli.
7.Masukkan loyang ke dalam periuk, tutup dan masak denagn api kecil selama 45 minit atau hingga kek masak.
INFO:
1.Periuk kena tutup masa bakar @ masak kek.
- Tak perlu letak air masak masak kek. Kalau letak air akan jadi kek stim/kukus.
- Boleh letak loyang dalam periuk yang dalamnya dialas dengan tungku dapur, tudung periuk, pasir atau apa-apa petua, tapi empunya resipi letak loyang kek ‘direct’ dalam periuk.
- Kek ini masak dalam tempoh 45 minit. Kalau kek anda belum masak dalam waktu itu, tambah la masa 5 ke 10 minit lagi.
- Empunya resipi tidak panaskan periuk sebelum masuk loyang kek, kalau anda nak panaskan dulu, terserah.
Kredit resipi & foto: Nor Elyani Ramli
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Gulai Pede Cara Mak, Resipi Lauk Kampung Istimewa Orang Pahang
Resipi Kuih Gunting Mudah & Dijamin Menjadi. Sedap Buat Macam Ni!
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.