Turut Hidap Komplikasi Jantung, Uyaina Arshad Pesan Pentingnya Buat Medical Checkup

Masih terasa dengan kehilangan abangnya baru-baru ini selepas disahkan meninggal dunia akibat serangan sakit jantung, pelakon dan pengacara Uyaina Arshad meninggalkan pesan yang sangat mendalam untuk pengikutnya.

Berkongsi di laman Instagramnya Uyaina mengakui dirinya juga turut didiagnos menghidap dua jenis masalah jantung.

Malah dia yang ketika itu jatuh pengsan terpaksa berehat seketika dari aktiviti seni akibat masalah jantung.

Artikel Lain: Uyaina Arshad Sedih Abang Meninggal Kena Serangan Jantung, Lepas Aktiviti Berbasikal

Turut Hidap Komplikasi Jantung

“Tahun 2018, Yana sendiri I was diagnosed with two hearts condition. Yang pertama, Supraventricular Tachycardia (SVT) yang mana degup jantung Yana laju.

Yang kedua, Quadricuspid Aortic Valve (QAV) orang normal ada tiga tapi Yana ada empat,” ujar Uyaina dalam live di Instagramnya semalam.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by UA (@uyainaarshad)

Bertitik tolak daripada itu, biarpun kini tahap kesihatannya di tahap yang baik namun Uyaina tidak lagi dibenarkan melakukan aktiviti lasak yang sememangnya menjadi minat Uyaina sebelum ini.

Seorang Yang Aktif Bersukan

“Saya seorang yang workaholic and enjoy working. Saya juga sukakan aktiviti berlari. Ketika di bangku sekolah saya memang aktif dalam aktiviti sukan seperti hoki, lompat tinggi, lompat jauh dan bola jaring.

‘Kalau di tempat kerja lama dulu, waktu masuk pejabat pukul 9 pagi. Tapi saya akan sampai awal pukul 7 pagi dan akan pergi berlari dulu di kawasan sekitarnya.

“Selesai berlari saya akan membersihkan diri dan bersiap seperti biasa. Saya masuk ke pejabat dengan badan yang sangat segar dan cergas.

“Pada Mac 2019 saya didiagnos sakit jantung. Menurut doktor yang merawat, ianya berlaku kerana jantung ‘dipaksa’ untuk bekerja secara berlebihan.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by UA (@uyainaarshad)

“Kebetulan tahun lalu saya terlalu bekerja keras, rehat pun kurang. Namun selepas kesihatan semakin baik saya betul-betul menjaga kesihatan termasuk pemakanan.

“Selain itu, saya turut amalkan gaya hidup sihat, minum air putih dan melakukan senaman ringan,” katanya yang masih bersedih dengan kehilangan mengejut abang sulungnya itu.

Uyaina Pesan Pentingnya

Tambah Uyaina lagi, sesiapa saja atau berapa pun usia kita tetap berisiko diserang penyakit. Oleh sebab itu dia meninggalkan pesanan buat pengikutnya.

“Rajin-rajinlah membuat check-up kerana kita tak tahu apa yang berlaku dalam badan. Kadang-kadang badan dah bagi signal tapi kita tak sedar atau buat-buat tak sedar. Ingat, badan kita bukan mesin.

“Sampai masa ia perlukan rehat secukupnya. Mungkin ada yang beruntung kerana bebas penyakit walaupun dah berusia. Tapi saya pula mengalaminya sekarang, masih muda. Dalam masa yang sama harus bekerja.

“Maka ekstra usaha diperlukan untuk menjaga kesihatan. Saya tak anggap ia satu halangan walaupun banyak aktiviti lasak yang saya dah tak boleh buat lagi.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by UA (@uyainaarshad)

Buat Medical Checkup

Kongsi Uyaina, faktor penyakit jantung ini juga boleh berlaku disebabkan oleh keturunan atau genetik yang tidak boleh diubah seperti yang dialaminya dan arwah abang tercinta.

Justeru kita perlu sentiasa ingat sakit datang tidak mengira usia, siapa, bila dan bagaimana ia terjadi.

Oleh itu, hargai kesihatan kerana ia adalah harta paling berharga selagi kita diberikan nikmat untuk bernafas di muka bumi ini.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by UA (@uyainaarshad)

Artikel Lain: Pernah Alami Komplikasi Jantung Buat Uyaina Harga Kesihatan. Ini Rahsia Tampil Cantik & Berseri Di Majlis Nikah!


Posted

in

by

Comments

Leave a Reply