Bosan dikata mengandung, wanita tekad diet eat clean & tak skip buat senaman bakar lemak. Bosan apabila asyik dikata mengandung dek kerana perubahan fizikal, akhirnya wanita ini nekad dan berusaha untuk menurunkan berat badan.
Memulakan diet dengan memilih pengambilan diet suku-suku separuh, tidak mengambil sebarang gula dan juga pengambilan kalori bersesuaian, dia akhirnya berjaya menurunkan berat badannya.
Artikel Lain: Enjoy ‘Journey Diet’, Ambik Superfood & Rajin Workout. Rahsia Berjaya Kurus Dalam Tempoh Singkat!
Bosan Dikata Mengandung
Menurut Nurul Janariah Musa, beratnya mula naik selepas berhenti menyusukan anaknya. Namun dia mula berdiet dengan mengurangkan pengambilan air manis dari 4, 5 cawan sehari kepada 1 cawan dan seterusnya terus tidak ambil minuman manis.
Sebaliknya dia hanya mengambil air teh hijau kosong dan makan nasi 3 kali sehari dan kemudiannya selang sehari hanya makan seseduk nasi dan makan keledek.
Untuk hasil lebih baik, dia turut tidak mengambil makanan berminyak, sayuran semuanya dikukus dan tidak ambil makanan berat selepas jam 7 malam.
Turut diambil adalah telur rebus beserta dada ayam dan jika lapar waktu malam hanya mengunyah badam.
Untuk senaman pula dia memilih yang jenis high kneel dengan mengayuh 50x jumping jack 50x senaman macam potong kayu 50x plank 30 saat, kayuh basikal sambil baring 50x dlm 10 minit 3x sehari pada pagi, petang dan malam sebelum tidur.
Wanita Nekad Diet Eat Clean
Tambahnya mengambil kira semua less carbo, less sugar, mengira kalori kerana target utama adalah untuk mengempiskan perut. Jika perut kempis menurutnya secara autmatik berat akan turun.
Artikel Lain: Makan 3 Kali Sehari, Tapi Amal Diet Suku-Suku Separuh. Rahsia Lepas 9 Bulan Dapat Berat Ideal!
Jika sebelum itu berat mencecah 70kg, tetapi selama 22 hari mengamalkan diet dsss, berjaya turunkan hampur 6 kg.
Beratnya terkini adalah sekitar 56kg sahaja dengan berjaya melenyapkan 14 kg tak sampai setahun tanpa mengambil sebarang produk kurus.
Tambahnya lagi, untuk kurus perlukan disiplin dan nekad yang kuat. Hasilnya dia kini mampu duduk tahiyatul awal dengan lebih selesa dan berjalan selesa kerana peha tidak lagi bergesel.
Artikel Lain: Gara-Gara Nak ‘Aset’ Besar, 2 Wanita Diserang Sawan Lepas Injek Guna Hyaluronic Acid
Hilang 14Kg Dalam 4 Bulan Diet
Genap 4 bulan diet…mula 1/5/2022 arini 1/9/2022 ckup dah….4 bulan…dr 70kg skrg 56kg…
Masih teruskan diet dan amalkan pemakan yg sihat. Masih buat perut…tapi banyak dah inci loss dari 39 inci dh tgl 32 inci…
Diet sihat tanpa ubat diet sihat amalkan pemkanan sihat. Kurang kan makan mkanan manis, masin, berproses, berkalori tinggi.
Buat kira-kira kalori intake…bersenam, tidur yang ckup…tidak ada menu2 istimewa sangat pon makan je apa yang ada dalam peti…yang penting masih ikut kira-kira kalori intake harian.
Kurang kan makan manis dan karbo…kurangkan bukan buang trus. Tinggi kan makanan sumber protein dan fiber. Tak makan malam lepas pukul 7…senaman ABS work out pagi 20 minit petang jalan kaki 20-30 minit
‘Non Stop’ Buat Senaman Bakar Lemak
Setiap hari…pemakanan 3 kali sehari….pagi saya blend 2 jenis buah tak kisah apa-apa campur plain yogurt dan makan 2 biji telur rebus.
Tengahari makan nasi sgengam, ikan atau ayam….separuh pinggan sayur 4,5 jenis tak kira ulam atau bgoreng kadang-kadang saya makan keledek ganti nasi…petang pkul 5-6ptg ayam bakar dan salad…
Saya tak minum gula putih start 1/6/2022 sebab nak buat perut…dan memang ambil makanan tinggi fiber dan protein untuk buat perut…
Artikel Lain: Solat Dah Tak Perlu Guna Kerusi. Wanita Usia 57 Tahun Ini Buktikan Hanya Amal Diet Sihat Boleh Hilang Berat Badan!
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.