Diserang muntah, cirit birit, rupanya simptom cyst & hamil luar rahim. Almy Nadia selamat jalani pembedahan! Belum pun anak keempatnya berusia setahun, rupanya isteri pelakon popular Datuk Fizz Fairuz, Datin Almy Nadia disahkan mengandung luar rahim.
Malah oleh kerana turut disahkan ada ketumbuhan cyst, Almy Nadia perlu segera menjalani pembedahan dan segala urusan berjalan lancar.
Seperti perkongsian Fizz Fairiz yang muat naik video isterinya itu telah dimasukkan ke hospital.
Dia memberitahu isterinya perlu jalani pembedahan selepas disahkan mempunyai ketumbuhan cyst dan mengandung luar rahim.
Diserang Muntah & Cirit Birit
Artikel Lain: Buah Asam Jawa Sebagai Snek Kegemaran, Rahsia Kekal Fit & Awet Muda Deanna Yusoff Di Usia 55 Tahun
Difahamkan juga bagi mengelak cyst pecah dan memberi kesan kepada kandungan, doktor mencadangkan agar pembedahan dilakukan secepat mungkin.
Menurutnya lagi, ketumbuhan itu dikesan selepas Almy dimasukkan ke hospital bagi menjalani pemeriksaan petang Jumaat lalu.
View this post on Instagram
“Almy masuk bilik pembedahan pada pukul 630 petang tadi (Sabtu) Doktor kata ada cyst berdekatan dengan rahim dia,” ujar Fizz dalam perkongsian di media sosial.
Fizz Fairuz turut memberitahu keputusan untuk membuat pembedahan dibuat pada pagi Sabtu selepas mengetahui laporan ujian darah.
Jika tidak dibuat pembedahan segera, mungkin akan menganggu kandungan jika hamil kemudian hari. Dia turut memaklumkan isterinya itu sebenarnya mengandung tetapi di luar rahim.
Rupanya Simptom Cyst & Hamil Luar Rahim
Fizz memaklumkan ujian kehamilan Almy menunjukkan keputusan yang positif namun ketika diperiksa dengan lanjut, rahimnya menjadi kosong.
View this post on Instagram
Artikel Lain: Abah Ajar Guna Masker Beras. Rahsia Ziana Zain Kekal Cantik Walau Usia Dah 54 Tahun!
“Bila doktor periksa dekat rahim kosong. Ada setitik ketulan dalam rahim tapi doktor kata bukan. Ujian air kencing kata positif (hamil). Bila buat pemeriksaan lain baru nampak ketulan dekat luar rahim.
Tambanya keadaan isterinya itu kurang baik serta mengalami lemah badan sejak kebelakangan ini. Amy turut menunjukkan simptom cirit-birit, demam, sakit perut dan lemah.
Walau bagaimanapun, dalam hantaran terbaru, Fizz Fairuz telah berkongsi hantaran video keadaan terkini isterinya dan alhamdulillah pembedahan telah berjalan lancar.
View this post on Instagram
Artikel Lain: Golek Guna Bola Tenis Atau Rendam Dalam Air Herba, Alternatif Legakan Sakit Belakang & Tapak Kaki
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.