Buat Diet Santai, Tak Sampai Setahun Kembali Langsing & Berjaya Sarung Baju Saiz Kecil. Lain orang lain cara dietnya. Ada yang terlalu ektrem dan ada pula yang memilih untuk diet secara santai dan tidak terlalu memaksa diri bagi mendapatkan tubuh langsing.
Namun siapa sangka usaha dilakukan membuahkan hasil apabila wanita ini berjaya mendapat berat idaman.
Artikel Lain: Bertahun Solat Atas Kerusi, Sebab Malu Nekad Turunkan Berat Badan. Hasilnya Rakan Terkejut!
Mana tidaknya jika selama ini hanya mampu memakai baju saiz XL tetapi setelah berjaya mendapat berat ideal berjaya menyarung baju size M.
Buat Diet Santai, Tak Sampai Setahun Kembali Langsing
Ternyata pencapaian ini sesuatu yang menggembirakan buat Nursyamira Rohaimi yang sudah berjaya memakai seluar bersize pinggang dari 35 ke 28.
Sebelum ini beratnya sekitar 68KG tetapi kini sudah menjadi 49KG dan berjaya lenyapkan 19KG dalam masa 5 bulan.
Perubahan setiap inci yang hilang ini sangat ketara terutama di bahagian peha dan pinggul.
Perkongsian pengalaman dalam grup Diet Suku-Suku Separuh terutama newbie yang juga ada mengalami masalah berat badan sepertinya.
Menurutnya untuk melakukan diet untuk tidak susah, tetapi yang menyulitkan untuk disiplin dan konsisten dengan amalan diet yang dilakukan.
Artikel Lain: Dua Tahun Disiplin Buat Diet Suku-Suku Separuh, Akhirnya Berjaya Tampil Kurus Di Majlis Kahwin
Bukan saja memilih untuk diet suku-suku separuh, tetapi dia juga melakukan workout di luar dan dalam rumah.
Berjaya Sarung Baju Saiz Kecil
Newbie here. Nak share tips sangat pun tak tahu sebab saya diet santai dan tak terlalu push nak kurus. Asalnya target 4bulan je nak #roadto50kg. Jadi ke tak tawakal je. Pernah stuck and mental down kejap. Kejap jela pastu semangat balik
Rutin saya.
– Dsss/ Makan semua benda tapi jaga portion.(tak kira kalori)
– MAF training hari-hari masa bulan pertama, now 2x seminggu je.
– Brisk walk 10km
– Workout di rumah (Abs Dumbbell)
Seluar dari size 35 now dah pakai size 28. Baju dari size Xl boleh sarung M. Inchloss pun ketara sangat especially peha dan pinggul. Sekarang dah fokus body toning. Hopefully semangat tu berkekalan lah.
Bagi saya nak diet tak susah. Yang susah tu nak disiplin & konsisten. Cuma saya pegang satu je, diet ikut kemampuan badan dan jangan ikut orang sampai diri sendiri tak happy dengan weightloss journey. InshaaAllah menjadi
It’s okay to struggle, but it’s not okay to give up on yourself or your dreams.
#XLToM
#DSSS
#MAFtraining
#workoutathome
Artikel Lain: Setahun Jaga Makan, Baru Dapat Berat Ideal. Rahsianya, Diet Suku-Suku Separuh & Brisk Walk Tanpa Jemu!
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.