Wajib Minum Green Tea Sebelum Sarapan. Rahsia Berat Badan Turun Dalam Masa Singkat!

Wajib Minum Green Tea Sebelum Sarapan. Rahsia Berat Badan Turun Dalam Masa Singkat! Lain orang lain cara dietnya. Ada mengambil masa bertahun-tahun dan ada pula mengambil masa hanya beberapa bulan untuk diet bagi memastikan mendapat berat badan diingini.

Apa yang penting konsisten dan tahu pengambilan portion dalam setiap pemakanan yang diambil.

Artikel Lain: Lewat Usia 40an Mampu Naik Motor, Menyelam & Tunggang Kuda. Rahsia Fauziah Latiff Kekal Cantik & Fit!

Siapa sangka dalam masa singkat iaitu cuma 4 bulan sahaja lelaki ini, Putra berjaya melenyapkan 16KG. Berat asalnya sebelum ini adalah 97KG dan kini sekitar 81 KG.

Wajib Minum Green Tea Sebelum Sarapan

Masih tidak berpuasa hati dengan penurunan itu dan berazam mahu menurunkan lagi berat badannya menjadi 75KG.

Dalam perkongsian di Grup Diet Suku-Suku Separuh, dia memberitahu mengamalkan diet yang lebih kurang seperti diet suku-suku separuh, tetapi mengira kalori yang diperlukan badannya.

Bukan itu sahaja, dia juga turut mengira kalori defisit. Putra juga turut menghentikan pengambilan makanan/minuman yang berasaskan gula dan bertepung.

Tetapi menggantikan pemakanan yang lebihkan protein seperti pengambilan ayam, ikan, tauhu, telur dan tempe. Bukan itu sahaja dia juga turut mengambil sayuran dan buahan yang banyak.

Pun begitu dalam perjalanan dietnya dia tetap minum kopi dan wajib mengambil green tea. Selain itu Putra turut memastikan pengambilan  air mencukupi iaitu 4 liter air sehari (nisbah 25kg berat badan untuk 1 liter).

Rahsia Berat Badan Turun Dalam Masa Singkat

Manakala pengambilan gula yang diamalkan pula adalah jenis ‘O’ dari satu jenama popular. Dia juga turut mengamalkan ambil cuka epal (2 sudu besar 500 ml) dan akan mengambilnya sebelum sarapan pagi.

Tidak hanya mengutamakan pemakanan, dia juga turut melakukan senaman workout di gym di rumahnya sahaja untuk 2 atau 3 kali seminggu. Ini kerana disebabkan empat tahun lepas, dia juga seorang yang sangat aktif melakukan senaman di gym.

Artikel Lain: Dua Tahun Disiplin Buat Diet Suku-Suku Separuh, Akhirnya Berjaya Tampil Kurus Di Majlis Kahwin

Berkat hanya empat bulan diet dia berjaya mendapat berat sekitar 81KG dan masih perlu terus bergerak sehingga mencapai berat yang diimpikan. Pesannya kepada yang sedang diet, jangan putus asa dan teruskan berusaha hingga mencapai matlamat utama.

Artikel Lain: Dah 43 Tahun Tapi Macam 30an. Minum 2 Liter Air Kosong Sehari, Rahsia Awet Muda Sarimah Ibrahim!

 


Posted

in

by

Comments

Leave a Reply