Kalau nak tahu, ini lah rahsia Azie Mustapha jaga badan, bukan nak cantik semata tetapi pilih untuk sihat.
Masih terngiang-ngiang lagu popular penyanyi ini sekitar tahun 90an yang bertajuk Pelamin Anganku Musnah.
Biarpun kini tidak begitu aktif dalam bidang seni, namun Azie Mustapha mempunyai peminat tersendiri.
Artis kelahiran Kuching, Sarawak ini rupanya kini aktif berniaga dari rumah secara online.
Jaga Makan Untuk Kesihatan
Artikel Lain: Umur 46 Nampak Sebaya Macam 20an, Rupanya Wanita Ini Emak Kepada 2 Anak Kembar
Menurutnya semua undangan nyanyian terpaksa ditolak dan reda serta yakin dengan rezeki yang ada.
Walaupun bergelar suri rumah, namun penampilan tetap dijaga sebaiknya. Dia seorang yang sangat mementingkan kesihatan luar dan dalaman.
“Saya bersyukur dengan kurniaan Allah Taala. Yang penting jaga kesihatan. Kaya macam mana sekalipun kita kalau tidak sihat tiada maknanya.Paling penting percaya dan redha dengan ciptaan Allah SWT.
“Untuk kekal sihat dan cantik, rutin harian saya dengan mengamalkan makan suplemen dan vitamin serta minum air kosong secukupnya. Tidur kena cukup, makan minum kena jaga lebih-lebih lagi kalau dah berusia 35 tahun ke atas, penyakit mudah datang.
Rahsia Azie Mustapha Jaga Badan
Artikel Lain: Tak Kisah Makan 2 Sudu Nasi. Rahsia Azah Aziz Kekal Langsing & Awet Muda Cecah Usia 50 Tahun!
“Saya juga jaga waktu makan. Paling penting ialah sarapan, jangan sesekali skip. Kalau tak makan tengahri sekalipun sekurang-kurangnya dahbersarapan kerana ia membekalkan tenaga.
“Sebagai suri rumah nak kena bekerja sepanjang hari. Kerja mesti selesai semuanya. Saya pula berbisnes jadi perlukan tenaga yang cukup.
“Saya sentiasa berdia agar diberikan kesihatan yang baik. Hati kena bersih, bila dalaman bersih akan terserlah kecantikan sebenar di luaran,” tambahnya lagi.
Sumber: NONA
Artikel Lain: Pantang Makan Malam & Rajin Bersenam. Rahsia Cantik & Awet Muda Kuza Di Usia Lewat 49 Tahun!
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.