Doktor Dah Berbuih Tegur Kesalahan Perubatan, Drama Di Sebalik Permata Dikecam Hebat

Doktor dah berbuih tegur kesalahan perubatan, drama Di Sebalik Permata dikecam hebat

Ramai di antara kita meminati drama atau siri genre kedoktoran. House, The Good Doktor, Doktor Stranger, Grey Anatomy serta banyak lagi adalah antara drama kedoktoran yang mendapat tempat di hati peminat setia.

Biasa kita akan terpaku menyaksikan jalan cerita yang nampak sempurna termasuk ketika babak doktor membuat pemeriksaan mahu pun pembedahan di bilik bedah. Tapi tatkala menonton babak kedoktoran melibatkan drama tempatan, ada banyak “kesalahan perubatan” yang sudah berbuih dicanangkan namun masih salah lagi.

Seorang doktor perubatan, Khairul Hafidz sekali lagi menegur kesalahan perubatan di dalam drama Di Sebalik Permata eposid 59 yang menampakkan banyak kesalahan dalam tatacara kerja seorang doktor.

Tulis Dr Khairul di platform X @khairul_hafidz, “sejak zaman saya mula bekerja sehingga sekarang, berbuih saya bercakap mengenai kesalahan perubatan di dalam drama/filem. Tak mahu nak perbaiki. Ikutlah.

Dirinya bertindak menegur  episode 59 drama ini yang memaparkan Rayhan bertanyakan kepada jururawat namun skrip yang agak lemah membuatkan episod itu menerima kecaman ramai.

Dialog “jangan ganggu kerja kami” yang ditanya oleh Rayhan namun dijawab endah tak endah oleh jururawat jelas merendahkan staff nurse selain dialog nampak merepek. Kata Dr Khairul Hafidz, “orang tu tanya mana wad kecemasan je pun. Nurse tengah buat kerja apa tu? Dialog yang merepek dan merendahkan staff nurse.

Dalam babak itu turut menunjukkan pelakon El Umar Mukhtar (Rayhan) bertanya situasi isterinya, Natasya (lakonan Puteri Damia) yang terlantar sakit.

Dalam babak ini memperlihatkan, Rayhan sebaik melihat keadaan isterinya yang terlantar terus membuat satu panggilan telefon.

“Dengan satu panggilan, habis segala pakar dipanggil melalui pengumuman ke wad kecemasan. Guna kabel 5G ke. Panggil pakar jantung nak buat apa? Buat angiogram ke?, tanyanya yang turut mempertikaikan pesakit telah dipakaikan cervical collar tapi position sit up, tak lay flat.

“Masa yang sama dipakaikan  nebulizer (tengah asthma ke soal Dr Khairul?). Belum cerita pasal pemantauan staff lagi.

Dan apa yang membuatkan drama ini nampak semakin melemah di mana dengan hanya satu panggilan, tak check bagai, terus kena buat pembedahan.

BACA ARTIKEL MENARIK DI SINI :- Lebih 30 Peratus Doktor Dibuli Di Hospital. Ia Jejas Kualiti Kerjaya & Mental!

Kereta Kemalangan, Doktor Ini Pantang Kalah Tuntut Hak Dari Syarikat Insurans Yang Banyak Helah

Viral Gadis Cantik Anak Petani Dilamar Mahar Tinggi, Bakal Doktor Terima RM300,000 & Sebuah Rumah Lebih Sejuta

Macam tu je senangnya buat keputusan.

“Bunyi straight line, panggil Dr, Dr pegang-pegang terus kata kena buat pembedahan. Resusitasi tak dibuat. Guna panduan mana ni? soalnya yang mengakui siapalah dirinya untuk suaranya dan maklumatnya didengari.

Tulisnya, “tapi siapalah saya. Tak apalah, saya nak teruskan menonton House, M.D di Netflix. Baru keluar ni,” tulisnya.

Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.

Ajal terpisah sesaat. Seorang wanita @nurulmukminah berkongsi pengalaman terselamat dari maut dalam kemalangan ngeri nahas tujuh kenderaan di Kilometer (KM) 288.1 Lebuh Raya Utara-Selatan (PLUS) arah utara laluan Gopeng-Simpang Pulai yang meragut nyawa dua nyawa semalam.
Jelasnya, ikutkan kenderaan dipandunya mungkin terperesok di bawah treler berkenaan namun pemandu kontena telah memesongkan treler dipandu yang mengalami masalah tayar pancit sebelum melanggar treler di sebelahnya.
Mengakui masih ngeri namun bersyukur Allah masih memanjangkan nyawanya sekeluarga.


Posted

in

,

by

Comments

Leave a Reply